sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Wednesday, November 14, 2012

salam maal hijrah everyone!

salam...

esok bermula la buku baru bagi kita semua..so everyone, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH!!

Friday, November 9, 2012

rindu setengah mati

salam....

rindu dialah!!!

Thursday, November 8, 2012

selamat graduate irfan!

salam korang...

atas permintaan dari peminat2 kakak diva *padahal adik sendiri yg request* maka kakak update blog terchenta nih *chenta sgt mata ke atas* bongok!

ok, nak cerita pasal konvo irfan last 2 weeks..aku xdpt nak teman irfan amek ijazah sbb tarikh yg sama bos baru nak msk ofis..agak terkilan jugak walaupun aku dah amek cuti awai2 tapi terpaksa batal dan automatik bos besar a.k.a abah aku yg pergi la gantikan mama diva nih.  sian la kat irfan kan, masa aiman dulu aku beria2 pergi tapi time dia aku dpt nak hadirkan diri dah la ayah dah xde kan sian anak yatim sorang nih *sobsob* ok la sbg nak rawat hati luka lara irfan maka petangnya mama kena bwk dia pegi kedai dan dia buleh beli apa saja dlm kedai tu kecuali nyonya kedai tu dia xmau! hehehe tapi irfan anak yg baik dia amek pencil colour je! eh bkn yg murah tu yg mahai skali ohhhhh mama kejip mata laju2 tgk dia :D

weekendnya pulak ada sukaneka & majlis penyampaian hadiah tadika irfan lagi! eh bila aiman punya haaa?? sekolah aiman ada buat jugak tetapi memandangkan aiman pandai sangat dpt nombor pun hujung2 ja kan haaa ko nengok je la org amek hadiah aiman oi..belajar malas asek tv tv tv tv tv tv tv tv..eh brapa bnyk tv daaaaa...tapi pandai la jugak anak aku tu idak la hujung benor nombornye kira average la buleh la kalau setakat nak mintak keja polis ke askar ke lepas la anak aku tuh..eh dah berangan ke situ pulak aku hehehe...berbalik pada crita sukaneka irfan sronok la korang..anak manje aku sorang tu dh mcm org besar la menangis mama diva ni aritu..ye la anak membesar tapi ayah xsempat nak tengok..anak org lain penuh mak ayah dtg bagi sokongan tapi dia..........eh mama ada kan irfan..mama kan dah jerit kuat2 utk irfan ari tu kan?? eh gigih aku jerit tepi padang sebut nama anak aku kuat2 eh dasar x malu kan tapi peduli hape aku janji aku buang jauh rasa pilu yg mmg tiba2 dtg pagi tu..abang, anak2 awak dah besar la sgt besar & mcm2 perangai! stress mama tau! team irfan dpt no. 2 ok la dari xde kan..tahniah irfan semoga menjadi anak yang soleh & menjadi kekuatan mama & peneman hari2 mama ok...MAMA LOVES AIMAN & IRFAN muahh sayang


ok korang..blah dulu nk smbg keja blk jemu sudah dgn surat2 yg xpenah surut nih..hai laaaa nak berenti keja nak berenti keja nak berenti keja tapi sapa nak tanggung pulak kan *ok sedar diri*

p/s: sapa tgk JULIA?? episod last arini x sabaq nak blk tgk tv! nsb baik abg kawasan dah blk kl dpt la mama diva tgk JULIA dgn tenang kalo idak terpakse mama diva redha tgk astro oasis smpi 7.30 eh..abg kawasan sgt kejam! kan tonah????

Thursday, November 1, 2012

apa pun tak boleh!

salam korang,

pssstt korang..bos baru dah lapor diri hari ni! smlm dia dtg tgk2 tempat baru je pastu blk..arini baru betol2 punch in...setahun lbh jgk la aku mkn elaun p.a. buta2 hehehe ye la arwah bos start cuti sakit bln jun tahun lps msk opis pun skjp2 je, pastu bila arwah pergi dah 8 bulan baru le pengarah baru mai.  adoinyapun, maka lps ni seorang nora akan menjadi pekerja yg cemerlang & gemilang gitu! pasainya apa pun tak boleh lps nih hehehe.  eh kome, jgn gambarkan aku suke monteng ye sblm nih, idak sekali2, walaupun xde bos kerja tatap jalan okeh cume blm dpt anugerah pekerja contoh je lagi *sambiltiuptiupkuku* puiiiiiiiiiiiiiiiii

tetiba aku rasa mcm aku baru lapor diri keja dulu2 satu hapa pun xtau ate berbulan lamanya dok main game melangut sorg2 kan, tetiba ada teman ishhhh rase mcm lain pulak hehehe..ada bos ni bnyk la xtvt2 sampingan yg aku rasa hemmmmm kena elakkan ataupun dibuang terus dari anganan!!!

1.  TAK BOLEH BACA NOVEL SESUKA ATI MCM DULU - sapa nak abiskan stok novel yg selambak nih *usapusapnovel*

2.  TAK BOLEH JOIN GENG DIVAS HI-TEA - oh...ahkak xsanggup sian my teamates kehilangan kakak divas mereka *hentakhentakkaki*

3.  TAK BOLEH ON FACEBOOK 8 JAM SEHARI - oh...rasa nak pitam OMG! OMG! OMG!

4.   TAK BOLEH ULANG ALIK DARI OFFICE KE POPULAR MCM SELALU - sian org popular tu mesti rindu ahkak nanti, sapa nak bli novel depa nanti..sian kan korang?? baik korang kata kesian..hemmm lap2 korang ketat2 :D

makanya ahkak akan menjadi pekerja berintegriti gitu boleh?? bos...tahun depan bagi saya cemerlang eh!

bye divas comel..kakak divas blah dulu

Wednesday, October 31, 2012

wordless wednesday :)

1.  B O S B A R U D A H M A S U K O F F I C E !

2.  G E N A P 5 B U L A N A R W A H P E R G I !

Thursday, October 18, 2012

semangat!!! ke mari kamu!! pulihkan aku!!

salam,

lamanya xde entry kan?? skrg ni dlm proses pemulihan semangat & jiwa, belajar terima Qada' & Qadar Allah, hidup aku dimulakan dari zero skrg nih!  dan alhamdullilah Allah kurniakan aku kekuatan utk teruskan hidup.  cuma kadang2 teringat sembang2 dgn arwah aku xbuleh tahan airmata nih, pedih kat sini *sambiltunjukdada*

arwah = "ma, nanti awak dah pencen buleh la kita pergi jalan2 kan ma? masa tu duit pencen awak banyak" aku = "kan?? bestnya tapi larat ke kita nak jalan2 bang masa tu kita dah tua, sakit lutut la sakit pinggang la, jalan2 pun bau minyak angin ja" pastu sama2 gelak sampai pecah rumah :D

*aku nak jalan2 ngan sapa bila aku pencen nanti??

arwah = "yang, nanti keta wira tu kita bagi kat aiman.  kembara kita bagi kat irfan"
aku = "abis tu kita?"
arwah = "kita naik motor la ma, baru best dua org je"

*aku nak naik motor ngan sapa nih??

arwah = "ma, kalau saya mati dulu awak kawen lain tak"
aku = "xmo lah! saya sayang awak, saya nak hidup sama2 dgn awak je"
arwah = "kalau awak mati dulu, saya nak kawen tau"
aku = "amboi, gatainya!"
arwah ="yang, kalau saya mati awak kawen la lain tau"

*senang2 je suh org kawen dia nih tau!!!

eh...xmo sedih2 lah!

eh, korang aku dpt anak sedara baru tau! mak aku kata Allah ambil menantu dia Allah gantikan dia dengan 3 cucu baru oh touchingnya!

1. adik aku yg no. 3..selamat melahirkan pada 1 September baru nih..anak sulung dia MUHAMMAD NUR HAKIM BIN AMIR HELMI..comel giler *kejikan puji anak sedara sendiri*

2.  adik aku yg no. 4..finally nak dpt anak lelaki akhirnya berjaya, x sia2 minum kopi panggung wakaka..cayalah atan! you make it bro! hahaha..DARWISY UMAR BIN MOHD FAUZI, ni anak dia yang no. 3

3.  coming soon insyaallah bln 12 nih adik aku yg 5 pulak..xsia2 dpt tukar ke perak dari sandakan hehehe..tahniah bro!

4.  adik arwah pun akan bersalin jugak mungkin dah bersalin kot?? sbb masa arwah meninggal aritu dia tgh pregnant...semoga dia selamat melahirkan..aku..aku doakan dari jauh

rezeki Allah didatangkan dlm pelbagai cara kan? setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya

bye korang..sayangkorangketatketat muahhhhhhhhhhhhhhhhs

** korang.......aiman cakap kan, dia kata kan...
"mama, kalau mama nak kawen lain kita bagi mama kawen tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mama hanya boleh kawen dengan USTAZ DON *kompem xlepas*, CAPTAIN AMERIKA *ayarkkkkkkkkk* sorang lagi IRONMAN *lagi mampussssss* :D




Friday, September 7, 2012

EPISOD AKHIR (2 episod pun kecoh sekampung :D)

2006...

Tahun ni irfan pulak lahir, emmm dugaan xhabis2!! Masa last arwah pegi dptkan rawatan doktor pakar, doktor nasihatkan arwah utk masuk wad sbb keadaan kesihatan arwah dah masuk kategori teruk!! Pada hari yg sama jugak terjumpa dgn kakak yg kerja kat wad 4C dan katanya rakan2 sewad arwah yg 3 orang tu dah meninggal sebab penyakit yg sama..oh aku tau arwah sedih dan takut masa tu bila dengar berita rakan2 wad yg dia sayang. Arwah buat keputusan utk x buat rawatan lagi, dia kata kalau dia nak mati dirumah, xmau mati di riba nurse..buleh pulak buat lawak masa tu hehehe. Lps branak kan irfan, mertua bawa arwah berubat di parit buntar & dengan izin Allah penyakit bengkak2 tu dah hilang! Arwah dah buleh kerja mcm biasa dan hidup mcm org lain! Kami bersyukur sgt dan berhadap awan mendung tu mmg pergi terus dari hidup kami 4 branak.



2008...

Aku igt hidup kami dah lengkap tapi salah! Arwah diserang sakit kepala berterusan smpikan panadol dgn active fast pun xjalan dah..xlut langsung!..pergi klinik pun xjalan jugak! Penyelesaiannya aku pujuk arwah ke klinik greentown, mujur arwah ikut sbb aku kata xmungkin kena tahap wad mungkin migraine biasa saja..tapi aku silap! Bacaan BP arwah masa 200/100!! Apa lagi naik ambulan la aku ngan arwah ke Hospital Ipoh yg sekangkang kera tu ja hehehe..arwah kena warded selama 3 hari! Doktor nasihatkan arwah dibedah segera utk proses dialysis. Keadaan buah pinggang arwah sebelah kanan dah semakin teruk dan sakit kepala tu berpunca dari darah kotor dlm badan arwah..tapi arwah ni degil mmg xmakan nasihat!..aku dipersalahkan sbb aku yg beria2 nak ajak dia p klinik, tapi aku xkesah demi kesihatan suami aku telan je la. Lps discharge arwah xdatang langsung appointment dengan klinik hemodialisis tu..surat2 rujukan tu dia simpan dan masih ada sampai sekarang! Aku jumpa surat2 tu masa aku kemas2 nak pindah rumah lps arwah meninggal, rasa nak menitik air mata (tapi aku rasa mmg menitik pun) bila tgk benda2 tu, kadang2 aku rasa biar aku yg sakit biar aku yg mati dari dia yg tinggalkan aku..sumpah aku xleh tahan bila dia tinggalkan aku……

Lepas tu arwah hanya amek ubat migrane saja di klinik di tanjung tualang smpi akhir hayat arwah, mmg dia xmau p hospital langsung.



2011…

Pagi 01/01/2011 arwah tiba-tiba xsedarkan diri di rumah kami. Dia jadi mcm sawan mulut berbuih2..smpi hospital batu gajah arwah dah ok tapi skali lagi dia jadi sawan padahal sebelum ni xpenah dia jadi mcm tu..aku dah mcm org gila sbb lps tu arwah xkenal sapa2 termasuk aku! Arwah terus dihantar ke hospital ipoh dan ditahan selama 3 hari. CT scan menunjukkan ada ketulan darah beku di bahagian otak kanan arwah dan doktor mmg suruh arwah tandatangan surat utk operation segera!!! Tapi arwah tolak, dia pilih utk balik rumah, nak mati kat rumah katanya. Aku ni xtau la nak kata mcmana lagi nak meroyan x meroyan je gayanya..ikut je la..doktor pun dah geleng kepala dengan dia, alih2 doktor bagi blk rumah dan suruh datang blk utk buat ujian MRI, tapi korang tau je la mesti laki aku xnak datang kan??? Hahhh memang dia xdatang buat x ingat je bila aku igtkan dia tarikh tu..



2012...

Awal Februari, arwah ckp ngan aku dia dah xlarat nak keja dia kata dia nak mati kot! Aku suruh dia cuti dok rumah buleh jgk tgk anak2 xyah la antar pengasuh dah..so dia pun cuti dok rumah jaga anak, hantar dan amek aku kerja..kira syok la kan hidup aku disamping xputus aku doa supaya dia sihat kembali mcm sebelum2 nih..tapi makin hari makin teruk, dlm 3 bulan dia xbuleh tdo malam x mengantuk katanya, selera makan hilang terus! Apa yg aku masak dia cuit2 je, setiap apa yg dia makan dia akan muntah balik hari2 aku blk kerja dia ckp ngan aku dia nak mati! Dengan anak2 pun mcm tu mcm2 dia pesan tapi aku buat xdengar je sbb aku kena kuat utk dia..oh kesiannya kat laki aku! Seminggu sebelum arwah pergi, kami ke kl utk majlis kawen sepupu aku. Dalam perjalanan tu dia bagitau yg dia xlarat sgt! Aku kata jom la kita patah balik tapi dia degil nak pegi jugak..smpi rumah adik aku dia dah xlarat langsung asek tdo je, makan muntah pastu dia demam. Aku ajak balik ipoh dia xmau..penyudahnya mlm ahad tu kami blk jugak ke ipoh x sempat utk kenduri esoknya sbb dia kata dia nak mati atas riba mak dia, aku sedih!! Kami blk berempat ke ipoh dlm keadaan dia yg sgt2 kritikal tu..

2.00 pagi 30 Mei tu dia ajak aku ke hospital sbb xtahan sgt sakitnya. Dah 2 hari xbuleh kencing. Kami ke kecemasan batu gajah tapi arwah dibenarkan balik! Aku terkejut aku tnya doktor kenapa xtahan wad? Doktor kata xda apa, tekanan darah naik sket, air kencing kotor sket ja, saya dah bagi ubat nanti elok la tu kata doktor tu...aku mcm xpecaya je sbb aku bajet mmg kompom2 kena tahan!

Pagi 31 Mei.....aku terjaga dlm pukul 4 pagi, aku tgk dia dlm bilik dengan mak dan ayah dia dok urut2 badan dia sbb dia dok mengadu seluruh badan2 dia sakit2..aku pun sambung tugas mak dia utk urut belakang dia..tiba-tiba je arwah tarik mcm sawan aritu, dan jatuh atas pangkuan aku! Aku ajar dia mengucap dah perlahan2 mata dia tertutup..oh tuhan kau ampunkanlah dosa2 suamiku!!! Aku berkeras nak bawak suami ke hospital tapi adik2 ipar kata dah telefon ambulan, kita tgu ja..ok aku ikut! ½ jam ambulan smpi dan doktor sahkan arwah dah TAK DAK! Aku meraung2 masa tu jugak oh tuhan!! Dugaan apa yg Kau beri ni?????? Mcmana aku nak hidup dgn anak2?



Hari ni genap 100 hari arwah pergi tinggalkan aku dan anak2..semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkan dia disisi orang2 yang beriman & beramal soleh..amin!

Thursday, September 6, 2012

EPISOD 1

2003..


Awal ramadhan kami dpt berita gembira bila aku disahkan mengandung!! Yeayyyyy mau x seronok aku ngan arwah tgu berita ni dekat 2 tahun kot! Gila x hepi hehehe...2 minggu lps raya arwah dimasukkan ke wad Hospital Batu Gajah selama 4 hari sebab air kencing kotor dan muka arwah jadi bengkak2. Lepas kluar wad arwad dirujuk ke Hospital Ipoh utk rawatan lanjut selepas disahkan menghidap Nephrotic Syndrome ntah aku pun xpaham sgt doktor kata berkaitan buah pinggang sbb protien kluar melalui air kencing lebih kurang mcm tu la..arwah xnak pegi! Jenuh aku pujuk..kakak angkat dia pun sanggup datang utk pujuk dia ke hospital utk rawatan tapi arwah ni mmg degil la rasa mcm nak bagi mkn ubat tido pastu bwk senyap2 p spital hehehe..tapi aku xbuat mcm tu ok xbaik derhaka kat suami hehehe...badan arwah semakin membengkak masa ni dah mcm org gemuk, semua tempat ada air jalan pun dah mengengkang tapi tetap xmau ke hospital. keluarga arwah bwk merata2 pergi berubat konon tersampuk la, tertegur la, salah kencing la & lagi best ada yg kata arwah jadi mcm tu sbb pembawakan budak!! WHAT DER??? Agak2 la kan..kalo ye pun xkan smpi badan laki aku penuh air 1 badan kot...

2004..

Sampai satu tahap arwah dah xbuleh kencing, baru dia call aku kat opis katanya suh aku terus ke hospital sbb dia dah ontheway nak ke sana nak menyerah diri!..wahhh alhamdulillah doakan aku dimakbulkan Allah..syukran2. Arwah dimasukkan ke wad 7B dan 2 hari kemudian dipindahkan ke wad 4C dan dudukla kat situ selama 42 hari ngan aku2 skali berkampung kat situ hehehe..kiranya hospital tu dah rumah aku la selama 42 hari tu pagi2 siap p kerja satgi petang blk ke wad makan tdo semua kat situ, nurse pun dah xheran kat aku..oh staff 4C mmg baik2 belaka aku igt smpi skrg jasa depa semua..dari berat arwah 100kg ms mula masuk wad smpila tinggal 60kg masa discharge!! Aku igt lagi cuti raya cina 4 hari aku kena abiskan kat wad ohhhhhhhhhhhhh x bahagianya! Dengan aku tgh mengandung lagi masa tu tapi kira itu pengorbanan aku kat arwah la, syukur sbb arwah dengar nasihat aku utk berubat secara moden!..tapi kluarga dia msh sama walau duduk dlm wad tetap jugak bawak segala manika air jampi la, air mandi la ohhhhh aku terima saja nanti melawan kang kata derhaka..arwah pun terpaksa rela dalam paksa demi keluarga dia..2 hari sblm discharge arwah ada buat biopsi buah pinggang, bila tnya dia skt x? Dia senyum je...oh tuhan kau panjangkanlah umur suamiku!!

Lps discharge bermula la episod appointment dengan doktor pakar!!! Amek darah, 24HOURS urine, mkn ubat berjenis2 yg xtahan skali makan berpuluh2 biji ohhh kesiannyaaaa suamiku. Arwah juga dinasihatkan utk buat skali lagi biopsi sbb keputusan yg mula2 tu ‚xcantik‘ kata doktor...arwah ckp dia xnak! Lepas tu arwah stop terus rawatan di klinik pakar dia kata biar la apa nak jadi lps nih..aku skali lagi trauma!!!!!

Semasa aku bersalin aiman arwah skali lagi mengalami bengkak2 badan, sepanjang aku berpantang sepanjang tu la jugak dia xkeja sbb keadaan kesihatan dia xmengizinkan. Aku redha mungkin ujian utk kami berdua nih!! X sampai setahun aku mengandung irfan pulak...amboi dlm sakit2 pun buleh mengandung kan?? Hehehe dasar gatai laki bini hahaha! Kluarga arwah usahakan berubat kampung merata2 aku ikutkan saja & lps berubat kat satu tempat di Parit Buntar badan2 arwah dh xbengkak2 lagi dah smpi la akhir hayat dia hari tu...jadinya arwah rasa dia xsakit buah pinggang la so rawatan mmg xamek dah ubat pun xmakan dah sbb dia dah jadi manusia normal balik buleh kencing tanpa bantuan ubat..eh miracle kan???

Eh..sambung episod lain ek..EO asek lalu lintas dah jeling2 nih...





Thursday, July 26, 2012

HARUM SUBUR DI HATI

Di lingkaran diamku termanggu
Terkenangkan kembali
Saat indah aku bersamamu
Dibelai cinta suci

Sewaktu kelukaan hatiku
Kau datang dan memberi
Taburan bunga cinta sucimu
Harum subur dihati

Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
Mengusir sepi, mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata dipipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Biarpun kita terpisah jiwa
Namamu tetap dikalbu

Kusemadikan cintaku
Didalam doa kudusku
Kepada Tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Mengadap Tuhan yang Maha Esa

~ AL-FATIHAH UTK ARWAH FAZLI YUSOFF BINTI HAWA ~


Tuesday, June 26, 2012

jangan mengeluh

KITA SELALU BERTANYA........DAN AL-QURAN SUDAH MENJAWABNYA...............

kita bertanya  :  KENAPA AKU DIUJI?

QURAN menjawab,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji?  Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." - Surat Al-Ankabut ayat 2 - 3

kita bertanya  :  KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN menjawab,


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surat Al-Baqarah ayat 216

kita bertanya  :  KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN menjawab,


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surat Al-Baqarah ayat 286

kita bertanya  :  KENAPA KITA RASA KECEWA?

QURAN menjawab,


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." - Surat Al-Imran ayat 139

kita bertanya  :  BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN menjawab,


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali apda orang2 yang kusyuk." - Surah Al-Baqarah ayat 45

kita bertanya  :  APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN menjawab,


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...? - Surah At-Taubah ayat 111


kita bertanya  :  KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN menjawab,

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.  Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

kita berkata  :  AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN!!!

QURAN menjawab,

"..... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surat Yusuf ayat 12

***aku copy paste sebagai sumber kekuatan diri..insyaallah aku KUAT!..al-fatihah utk arwah, semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman & beramal soleh, amin!

Wednesday, June 20, 2012

rindu

salam.

hari ni genap 21 hari arwah pergi mengadap yang Maha Esa.  hidup aku & anak2 masih kucar kacir.  aiman & irfan tahu pasal ayah depa pergi xkan kembali.  skali skala depa akan tanya apa ayah buat skarang, ayah terus masuk syurga ke, ayah datang tgk kita x, nanti raya ayah raya kat mana, kalau kita dtg kubur ayah nmpk x kita, ayah lambai kita x..mcm2 soalan budak berdua tu.  aku?? hanya jawab dengan linangan air mata.  aku masih rasa arwah ada di sisi aku.  sepanjang 3 bulan sblm arwah pergi, setiap hari dia hantar & amek aku blk kerja, aku naik punch in pastu turun blk breakfast sama2 dgn arwah..balik kang dia jemput pulak tanpa terlepas satu hari pun! mcmana aku nak lupa semua tu?? anak2 pun sama, setiap hari ayahnya amek blk skolah, bagi makan duduk sama2, mkn sama2, tido sama2, tgk kartun sama2 kat rumah, ABANG, kami rindu sangat2!!!...sungguh hebat dugaan ALLAH pada aku dan anak2

dlm tempoh 21 hari ni, setiap hari bebudak ni buat perangai nak itu nak ini, mcm memberontak pun ada..semoga ALLAH melembutkan hari aiman & irfan dan tabahkan hati mereka menjalani hidup sebagai anak yatim, hanya harta ini yg ditinggal arwah...

terima kasih atas doa & ingatan rakan2, saudara mara yg xputus2 sampai ke hari ni..aku kena terima qada & qadar ALLAH setiap yang hidup pasti akan mati & aku akan ke situ juga, semoga ALLAH menemukan kami sekeluarga di syurganya nanti, insyallah


AL-FATIHAH

Monday, June 18, 2012

AL-FATIHAH UTK ARWAH SUAMI YG TERSAYANG FAZLI YUSOFF BINTI HAWA

salam..



gambar terakhir arwah semasa di cameron highlands 20 Mei 2012


suami tersayang FAZLI YUSOFF BINTI HAWA telah pergi mengadap Ilahi pada 4.15 pagi 31 Mei 2012 yang lalu.  Ikatan perkahwinan kami genap 11 tahun pada 30 Mei dan hari berikutnya arwah pergi meninggalkan aku & anak2..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman dan beramal soleh..Al-FATIHAH.

Wednesday, March 28, 2012

wordless wednesday

 januari 2012

end of march

beza tak?? beza tak?? baru 2 mgu aku guna dah nmpk perbezaan muka xlagi kusam, nmpk berseri ja & yg penting muka aku dah xberminyak...dulu nak amek gmbr pun malas sbb muka nmpk lesu ja kulit pun gelap ja..sekarang tidak lagi huahuahua *mak suka sangat*

p/s : x wordless sgt lah hehehe

Wednesday, February 22, 2012

al-fatihah utk arwah bos saya

as-salam,

pengarah saya telah kembali ke rahmatullah jam 3 ptg tadi dan akan dikebumikan selepas asar hari ni jugak..ALFATIHAH utk arwah HAJI JAMIL BIN SAYATI semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi org2 yang beriman..amin

Thursday, February 16, 2012

mohon korang doakan kesihatan bos saya

as-salam semua

mohon korang2 semua yg baik hati lagi mulia supaya sama2 mendoakan kesihatan pengarah saya yang menghidap kanser paru2 dan keadaan beliau semakin lemah kerana sel2 kanser telah merebak ke kawasan sekitar..semalam saya telah ke sana bersama rakan2 pejabat & keadaannya amatlah menyedihkan, tidak boleh makan hanya minum susu melalui tiub.  beliau tidak mahu meneruskan rawatan di HKL lagi oleh sebab beliau sgt lemah maka rawatan kemo tidak dibenarkan dan ubat yg berharga RM6 ribu ke atas juga dah tak jalan hanya doa dan tawakal sahaja jalan yg ada dan beliau minta discaj utk berehat di rumah sahaja...mohon semuanya doakan beliau supaya dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik..amin!

terima kasih ye doakan bos saya, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

Tuesday, February 14, 2012

asam pedas daging ala kakjee

malatop, terangkat, superb!!! sgt sedap korang asam pedas daging ala kakjee yg aku cekup resipi dari blog kakjee. aritu aku jalan2 kat blog dia skali ternmpk rupa si cantik manis dlm mangkuk terus terliur maka tanpa segan silu terus copy resipi, maka ahad lepas merasa la tekak aku ni asam pedas daging yg sangat sedap!




siyes korang sgt sedap, maka ringan2 kan la tulang korang utk masak k...aritu jgk laki tersayang request nak mkn rebung, maka ini la hasilnya...superb jugak!! eh sendiri masak, sendiri makan sendiri puji la kan kah3 rupe xmenarik sgt sbb laki aku xska pedas jadinya buh cili mesin tu sket ja, kalo aku la mau semangkuk cili aku buh baru rupa cantik dik...


okla korang, selamat menjamu selera!!

p/s:  ipoh dilanda kehujanan yang sangat kelebatan!  syok la mlm ni layan vanilla coklat dlm kesejukan ngeeee

kembali bersiaran

halu2..aku kembali bersiaran!! wah feeling2 ON AIR aku nih kahhhh tapi ye la xcantik xleh msk kang free2 kena dang suria kata kat aku "awak xcantik!" kang banjir lak kan keh3 eh dia cantik sgt ker???? wateverrrrrr

bnyk bende yg aku xupdate kat sini haihh la penyakit m tu dok bermaharaja lela aku dok blog walking ja syok weh baca blog org tmbh2 yg suka jln2 sana, suka masak2 ehh aku ska blog camtu, blog aku?? mcm haremm keh3

actually, haa tetiba aku ckp omputih ada bnyk benda aku nak update pasal kenduri kawen adik aku yang telah berjaya dengan jayanya kerana dgn adanya perancang perkahwinan yang mmg hebat seantero alam cehh puji diri sendiri kah3 dgn hasil kerjasama berbulan2 majlis kawen adik aku berjalan dgn lancar dia pun dah preggy cite baru nak post kah3..eh jgn xtau aku pun ada cita cuti2 malaysia tau kira berabis sakan smpi menung nak tgu gaji bln 2 awat lmbt sgt dah la gaji sbpa kena tangguh awak dah berangan nak ke bank rakyat overlap ehhhhh verangan keh3

nanti aku update cuti2 m'sia aku kat utara nun..best hang tau rasa xmau blk rasa nak melekatttttttttt kat sana.  laki cek kata kalo buleh nak suh aku tukar ke sana buleh ari2 mkn murah2..pendek kata syok la cuti2 kami kali ni (mcm la sblm ni aku bnyk episod percutian kah3)