sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Friday, September 7, 2012

EPISOD AKHIR (2 episod pun kecoh sekampung :D)

2006...

Tahun ni irfan pulak lahir, emmm dugaan xhabis2!! Masa last arwah pegi dptkan rawatan doktor pakar, doktor nasihatkan arwah utk masuk wad sbb keadaan kesihatan arwah dah masuk kategori teruk!! Pada hari yg sama jugak terjumpa dgn kakak yg kerja kat wad 4C dan katanya rakan2 sewad arwah yg 3 orang tu dah meninggal sebab penyakit yg sama..oh aku tau arwah sedih dan takut masa tu bila dengar berita rakan2 wad yg dia sayang. Arwah buat keputusan utk x buat rawatan lagi, dia kata kalau dia nak mati dirumah, xmau mati di riba nurse..buleh pulak buat lawak masa tu hehehe. Lps branak kan irfan, mertua bawa arwah berubat di parit buntar & dengan izin Allah penyakit bengkak2 tu dah hilang! Arwah dah buleh kerja mcm biasa dan hidup mcm org lain! Kami bersyukur sgt dan berhadap awan mendung tu mmg pergi terus dari hidup kami 4 branak.



2008...

Aku igt hidup kami dah lengkap tapi salah! Arwah diserang sakit kepala berterusan smpikan panadol dgn active fast pun xjalan dah..xlut langsung!..pergi klinik pun xjalan jugak! Penyelesaiannya aku pujuk arwah ke klinik greentown, mujur arwah ikut sbb aku kata xmungkin kena tahap wad mungkin migraine biasa saja..tapi aku silap! Bacaan BP arwah masa 200/100!! Apa lagi naik ambulan la aku ngan arwah ke Hospital Ipoh yg sekangkang kera tu ja hehehe..arwah kena warded selama 3 hari! Doktor nasihatkan arwah dibedah segera utk proses dialysis. Keadaan buah pinggang arwah sebelah kanan dah semakin teruk dan sakit kepala tu berpunca dari darah kotor dlm badan arwah..tapi arwah ni degil mmg xmakan nasihat!..aku dipersalahkan sbb aku yg beria2 nak ajak dia p klinik, tapi aku xkesah demi kesihatan suami aku telan je la. Lps discharge arwah xdatang langsung appointment dengan klinik hemodialisis tu..surat2 rujukan tu dia simpan dan masih ada sampai sekarang! Aku jumpa surat2 tu masa aku kemas2 nak pindah rumah lps arwah meninggal, rasa nak menitik air mata (tapi aku rasa mmg menitik pun) bila tgk benda2 tu, kadang2 aku rasa biar aku yg sakit biar aku yg mati dari dia yg tinggalkan aku..sumpah aku xleh tahan bila dia tinggalkan aku……

Lepas tu arwah hanya amek ubat migrane saja di klinik di tanjung tualang smpi akhir hayat arwah, mmg dia xmau p hospital langsung.



2011…

Pagi 01/01/2011 arwah tiba-tiba xsedarkan diri di rumah kami. Dia jadi mcm sawan mulut berbuih2..smpi hospital batu gajah arwah dah ok tapi skali lagi dia jadi sawan padahal sebelum ni xpenah dia jadi mcm tu..aku dah mcm org gila sbb lps tu arwah xkenal sapa2 termasuk aku! Arwah terus dihantar ke hospital ipoh dan ditahan selama 3 hari. CT scan menunjukkan ada ketulan darah beku di bahagian otak kanan arwah dan doktor mmg suruh arwah tandatangan surat utk operation segera!!! Tapi arwah tolak, dia pilih utk balik rumah, nak mati kat rumah katanya. Aku ni xtau la nak kata mcmana lagi nak meroyan x meroyan je gayanya..ikut je la..doktor pun dah geleng kepala dengan dia, alih2 doktor bagi blk rumah dan suruh datang blk utk buat ujian MRI, tapi korang tau je la mesti laki aku xnak datang kan??? Hahhh memang dia xdatang buat x ingat je bila aku igtkan dia tarikh tu..



2012...

Awal Februari, arwah ckp ngan aku dia dah xlarat nak keja dia kata dia nak mati kot! Aku suruh dia cuti dok rumah buleh jgk tgk anak2 xyah la antar pengasuh dah..so dia pun cuti dok rumah jaga anak, hantar dan amek aku kerja..kira syok la kan hidup aku disamping xputus aku doa supaya dia sihat kembali mcm sebelum2 nih..tapi makin hari makin teruk, dlm 3 bulan dia xbuleh tdo malam x mengantuk katanya, selera makan hilang terus! Apa yg aku masak dia cuit2 je, setiap apa yg dia makan dia akan muntah balik hari2 aku blk kerja dia ckp ngan aku dia nak mati! Dengan anak2 pun mcm tu mcm2 dia pesan tapi aku buat xdengar je sbb aku kena kuat utk dia..oh kesiannya kat laki aku! Seminggu sebelum arwah pergi, kami ke kl utk majlis kawen sepupu aku. Dalam perjalanan tu dia bagitau yg dia xlarat sgt! Aku kata jom la kita patah balik tapi dia degil nak pegi jugak..smpi rumah adik aku dia dah xlarat langsung asek tdo je, makan muntah pastu dia demam. Aku ajak balik ipoh dia xmau..penyudahnya mlm ahad tu kami blk jugak ke ipoh x sempat utk kenduri esoknya sbb dia kata dia nak mati atas riba mak dia, aku sedih!! Kami blk berempat ke ipoh dlm keadaan dia yg sgt2 kritikal tu..

2.00 pagi 30 Mei tu dia ajak aku ke hospital sbb xtahan sgt sakitnya. Dah 2 hari xbuleh kencing. Kami ke kecemasan batu gajah tapi arwah dibenarkan balik! Aku terkejut aku tnya doktor kenapa xtahan wad? Doktor kata xda apa, tekanan darah naik sket, air kencing kotor sket ja, saya dah bagi ubat nanti elok la tu kata doktor tu...aku mcm xpecaya je sbb aku bajet mmg kompom2 kena tahan!

Pagi 31 Mei.....aku terjaga dlm pukul 4 pagi, aku tgk dia dlm bilik dengan mak dan ayah dia dok urut2 badan dia sbb dia dok mengadu seluruh badan2 dia sakit2..aku pun sambung tugas mak dia utk urut belakang dia..tiba-tiba je arwah tarik mcm sawan aritu, dan jatuh atas pangkuan aku! Aku ajar dia mengucap dah perlahan2 mata dia tertutup..oh tuhan kau ampunkanlah dosa2 suamiku!!! Aku berkeras nak bawak suami ke hospital tapi adik2 ipar kata dah telefon ambulan, kita tgu ja..ok aku ikut! ½ jam ambulan smpi dan doktor sahkan arwah dah TAK DAK! Aku meraung2 masa tu jugak oh tuhan!! Dugaan apa yg Kau beri ni?????? Mcmana aku nak hidup dgn anak2?



Hari ni genap 100 hari arwah pergi tinggalkan aku dan anak2..semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkan dia disisi orang2 yang beriman & beramal soleh..amin!

Thursday, September 6, 2012

EPISOD 1

2003..


Awal ramadhan kami dpt berita gembira bila aku disahkan mengandung!! Yeayyyyy mau x seronok aku ngan arwah tgu berita ni dekat 2 tahun kot! Gila x hepi hehehe...2 minggu lps raya arwah dimasukkan ke wad Hospital Batu Gajah selama 4 hari sebab air kencing kotor dan muka arwah jadi bengkak2. Lepas kluar wad arwad dirujuk ke Hospital Ipoh utk rawatan lanjut selepas disahkan menghidap Nephrotic Syndrome ntah aku pun xpaham sgt doktor kata berkaitan buah pinggang sbb protien kluar melalui air kencing lebih kurang mcm tu la..arwah xnak pegi! Jenuh aku pujuk..kakak angkat dia pun sanggup datang utk pujuk dia ke hospital utk rawatan tapi arwah ni mmg degil la rasa mcm nak bagi mkn ubat tido pastu bwk senyap2 p spital hehehe..tapi aku xbuat mcm tu ok xbaik derhaka kat suami hehehe...badan arwah semakin membengkak masa ni dah mcm org gemuk, semua tempat ada air jalan pun dah mengengkang tapi tetap xmau ke hospital. keluarga arwah bwk merata2 pergi berubat konon tersampuk la, tertegur la, salah kencing la & lagi best ada yg kata arwah jadi mcm tu sbb pembawakan budak!! WHAT DER??? Agak2 la kan..kalo ye pun xkan smpi badan laki aku penuh air 1 badan kot...

2004..

Sampai satu tahap arwah dah xbuleh kencing, baru dia call aku kat opis katanya suh aku terus ke hospital sbb dia dah ontheway nak ke sana nak menyerah diri!..wahhh alhamdulillah doakan aku dimakbulkan Allah..syukran2. Arwah dimasukkan ke wad 7B dan 2 hari kemudian dipindahkan ke wad 4C dan dudukla kat situ selama 42 hari ngan aku2 skali berkampung kat situ hehehe..kiranya hospital tu dah rumah aku la selama 42 hari tu pagi2 siap p kerja satgi petang blk ke wad makan tdo semua kat situ, nurse pun dah xheran kat aku..oh staff 4C mmg baik2 belaka aku igt smpi skrg jasa depa semua..dari berat arwah 100kg ms mula masuk wad smpila tinggal 60kg masa discharge!! Aku igt lagi cuti raya cina 4 hari aku kena abiskan kat wad ohhhhhhhhhhhhh x bahagianya! Dengan aku tgh mengandung lagi masa tu tapi kira itu pengorbanan aku kat arwah la, syukur sbb arwah dengar nasihat aku utk berubat secara moden!..tapi kluarga dia msh sama walau duduk dlm wad tetap jugak bawak segala manika air jampi la, air mandi la ohhhhh aku terima saja nanti melawan kang kata derhaka..arwah pun terpaksa rela dalam paksa demi keluarga dia..2 hari sblm discharge arwah ada buat biopsi buah pinggang, bila tnya dia skt x? Dia senyum je...oh tuhan kau panjangkanlah umur suamiku!!

Lps discharge bermula la episod appointment dengan doktor pakar!!! Amek darah, 24HOURS urine, mkn ubat berjenis2 yg xtahan skali makan berpuluh2 biji ohhh kesiannyaaaa suamiku. Arwah juga dinasihatkan utk buat skali lagi biopsi sbb keputusan yg mula2 tu ‚xcantik‘ kata doktor...arwah ckp dia xnak! Lepas tu arwah stop terus rawatan di klinik pakar dia kata biar la apa nak jadi lps nih..aku skali lagi trauma!!!!!

Semasa aku bersalin aiman arwah skali lagi mengalami bengkak2 badan, sepanjang aku berpantang sepanjang tu la jugak dia xkeja sbb keadaan kesihatan dia xmengizinkan. Aku redha mungkin ujian utk kami berdua nih!! X sampai setahun aku mengandung irfan pulak...amboi dlm sakit2 pun buleh mengandung kan?? Hehehe dasar gatai laki bini hahaha! Kluarga arwah usahakan berubat kampung merata2 aku ikutkan saja & lps berubat kat satu tempat di Parit Buntar badan2 arwah dh xbengkak2 lagi dah smpi la akhir hayat dia hari tu...jadinya arwah rasa dia xsakit buah pinggang la so rawatan mmg xamek dah ubat pun xmakan dah sbb dia dah jadi manusia normal balik buleh kencing tanpa bantuan ubat..eh miracle kan???

Eh..sambung episod lain ek..EO asek lalu lintas dah jeling2 nih...