sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Thursday, November 8, 2012

selamat graduate irfan!

salam korang...

atas permintaan dari peminat2 kakak diva *padahal adik sendiri yg request* maka kakak update blog terchenta nih *chenta sgt mata ke atas* bongok!

ok, nak cerita pasal konvo irfan last 2 weeks..aku xdpt nak teman irfan amek ijazah sbb tarikh yg sama bos baru nak msk ofis..agak terkilan jugak walaupun aku dah amek cuti awai2 tapi terpaksa batal dan automatik bos besar a.k.a abah aku yg pergi la gantikan mama diva nih.  sian la kat irfan kan, masa aiman dulu aku beria2 pergi tapi time dia aku dpt nak hadirkan diri dah la ayah dah xde kan sian anak yatim sorang nih *sobsob* ok la sbg nak rawat hati luka lara irfan maka petangnya mama kena bwk dia pegi kedai dan dia buleh beli apa saja dlm kedai tu kecuali nyonya kedai tu dia xmau! hehehe tapi irfan anak yg baik dia amek pencil colour je! eh bkn yg murah tu yg mahai skali ohhhhh mama kejip mata laju2 tgk dia :D

weekendnya pulak ada sukaneka & majlis penyampaian hadiah tadika irfan lagi! eh bila aiman punya haaa?? sekolah aiman ada buat jugak tetapi memandangkan aiman pandai sangat dpt nombor pun hujung2 ja kan haaa ko nengok je la org amek hadiah aiman oi..belajar malas asek tv tv tv tv tv tv tv tv..eh brapa bnyk tv daaaaa...tapi pandai la jugak anak aku tu idak la hujung benor nombornye kira average la buleh la kalau setakat nak mintak keja polis ke askar ke lepas la anak aku tuh..eh dah berangan ke situ pulak aku hehehe...berbalik pada crita sukaneka irfan sronok la korang..anak manje aku sorang tu dh mcm org besar la menangis mama diva ni aritu..ye la anak membesar tapi ayah xsempat nak tengok..anak org lain penuh mak ayah dtg bagi sokongan tapi dia..........eh mama ada kan irfan..mama kan dah jerit kuat2 utk irfan ari tu kan?? eh gigih aku jerit tepi padang sebut nama anak aku kuat2 eh dasar x malu kan tapi peduli hape aku janji aku buang jauh rasa pilu yg mmg tiba2 dtg pagi tu..abang, anak2 awak dah besar la sgt besar & mcm2 perangai! stress mama tau! team irfan dpt no. 2 ok la dari xde kan..tahniah irfan semoga menjadi anak yang soleh & menjadi kekuatan mama & peneman hari2 mama ok...MAMA LOVES AIMAN & IRFAN muahh sayang


ok korang..blah dulu nk smbg keja blk jemu sudah dgn surat2 yg xpenah surut nih..hai laaaa nak berenti keja nak berenti keja nak berenti keja tapi sapa nak tanggung pulak kan *ok sedar diri*

p/s: sapa tgk JULIA?? episod last arini x sabaq nak blk tgk tv! nsb baik abg kawasan dah blk kl dpt la mama diva tgk JULIA dgn tenang kalo idak terpakse mama diva redha tgk astro oasis smpi 7.30 eh..abg kawasan sgt kejam! kan tonah????

No comments:

Post a Comment