sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Friday, January 30, 2015

KRU

assalamualaikum..

dtg keje td dengor hotfm eh mmg ari2 pun hotfm je..pagi ni ada KRU lah!!! teros nyanyi kuat2 dlm kereta smbl nari2 angguk kepala.  biarla org kiri kanan nak kata aku gila nyanyi penuh perasaan mcm kan juri ada kat depan kahkahkahkah

KRU ni mmg legendkan? pada aku deme ni mcm p.ramlee tu la, sepanjang zaman kot igt walau pun bebudak KRU tu sorang pun x igt aku kahkahkah.  semua lagu depa aku hafal kot dengar intro je dah tau ok ni lagu ni, ni lagu tu tapi kalau bukak bertanding quran hmmmmm eh korang pun sama kan kan kan??? terpaling suuuuuuka mesti la yusry, siap berangan nanti nak kawen ngan yusry tapi dia terkawen ngan erra pulak pastu ngan lisa, mgkn jodoh itu bukan milik kita :D terpaling suka lagu JANGAN LAFAZKAN.  ni dok ulang dengar ulang ulang ulang ulang..boss xde kan boleh la karaoke skali ehemmm jap ejas suara cobaan cobaan 1 2 3.

lunch arini kuar jumpa kawan2 lama. skrg deme keja kat balai polis, lama kot xjumpa skali skala jumpa haa kau riuh mcd tu hahaha..sebenornya hari ni adalah hari pertama beli kat mcd selepas boikot aritu.  lama kot kan? xpe dah mkn prosperity tadi boleh boikot blk lps nih erkkkk alhamdulillah

senin ni cuti lega la 4 ari dok rumah, igtkan adalah org nak bwk p langkawi tapi xpe la mungkin lain kali kot.  selamat berpeleseran di langkawi lang, semoga dikau bahagia hahahahahahahahahahahahahaha.  office aku ni kalau x cuti kompem la jammed sbb jalan tutup.  jalan dpn office ni mmg jalan utama jadi kalau time merdeka ke, thaipusam ke jalan kompem tutup sbb deme nak berarak dpn ni.

ok bai

Wednesday, January 28, 2015

day 4 - yeayy dah boleh balik (sambungan dari tahun lepas :D)

Assalamualaikum

ni sambung cerita aku operate buang thyroid aritu

lps doktor cek pagi, tnya doktor boleh blk tak? doktor ckp tgu pakar dtg, kalau tgk result mmg dah boleh balik kita org pun dh mls nak layan puan.  hati bersorak riang, rasa nak lari pusing padang sekolah anderson sebelah tu..hmmm rindunya rumah, rindunya katil, rindunya batal pelok, rindunya nak tgk tv.

dalam dok tgu pakar, baca la novel.  stok novel msk ward ni smpi 3 buah bwk tapi satu pun xbaca..dok melayan sakit.  pastu datang patient yg dok katil ujung sanun..dok sembang2 terus dia kata dia penulis novel, kakak terus terkujat dan2 rasa nak kentut..hemm sentut sgt :D nama dia HAYATI AHMAD, terus add dia kat fb hehe dia pun operation jugak part mana xyah bgtau la yg penting I jumpa penulis novel yg famous amos! ms pakar dtg hati dah berbunga riang, senyum je tgk pakar yang hensemmmmmmmmm rasa nak gigit dia.  pakar kata dah boleh balik yeayyyyyyyyy lompat smpi siling.  pakar tnya puan kerja ke, saya bagi mc 2 bulan, cukup tak puan? nanti kita jumpa lagi 2 bulan ye kat sopd..ehh 2 bulan?? aku igt 2 minggu je, hati dah bergendang, otak igt office je sian boss kena tinggal 2 bulan..2 bulan tu mmmm terus tersipu2 malu bila doktor angkat kening, ngade tau doktor ni suka bagi pipi I blashing *masuk dalam selimut*

tengahari jgk la baru discaj, skali rupanya lagi ramai yg dtg melawat, tq adik2 ipar duai yg dtg menyambut kepulangan I rasa wangiiiiiiiiii sgt hahahaha..blk tu depa siap ajak singgah makan..hmmm nak tgk saja ke? selambe badak aku order laksa, mak jegil2 mata..aku mkn tanpa perasaan smpi hirup teh o ais kih3, dasar x sedar diri kan..seminggu lps tu tempat operate tu bengkak padan muka sendiri hahaha gelabah aku p hospital blk cari pakar.  nsb baik xde apa2, pakar kata tu bengkak biasa, lps mkn ubat 3 ari lps tu dah surut bengkak phewwwww terus masak spageti bolognese nak meraikan wakakakaka...

tu je la cita pasal operation ni..tutup buku mls nak ulang2 igt dah.  dah setahun lebih dah pun.  baru ni p check up doktor dah bgtau next check up kat klinik kesihatan  je, xyah nak bersesak kat sopd lagi, lega sgt xyah nak m.c. lagi lps nih, kalau x setiap kali check up mesti kena m.c. sbb amek masa terlalu lama kat sopd nih pkl 1 atau pkl 2 baru selesai semua mn blh msk office dah lebih dari 4 jam kan.

yeaaaaay!!! BOSS TAKDE

assalamualaikum

tajuk dah menggambarkan kegembiraan tiada tahap di situ kahkahkahkah

ok itu je nak bagitau, boss kita takde seminggu, rabu depan baru check in office.  happy kemain padahal keja mcm tu jugak, boss ada ke takde ke sama ja.

ok bai

Monday, January 26, 2015

cerita adik-adik

Assalamualaikum

boss dah masuk hari ni, jadinya ada sikit busy..sikit je la masih boleh baca blog org kikikiki...ni boss masuk meeting sat, dan la taip2 kat sini.  

weekend baru ni sgt best walaupun letih..adik yang kat kulim tu ada blk jadi busy masak busy makan masak makan masak makan masak makan tapi lebih kepada makan rasanya hahahahaha..syok la dpt jumpa anak buah 2 org tu, kakak airis dah bijak bercakap yang adik aisy dah bijak menyakat kakak hehehe..pagi tadi depa dah berangkat blk ke kulim sedih laaa..xpa nanti depa blk lagi naaaaa, ikah sentiasa ingat k *self confidence mesti tinggi* buat gaya hidung kembang baru selfie k kahkahkah.  gigi tu jgn lupa p cabut ni dok postponed smpi 3 bulan buat apa, ubat cap helang yang bli smpi 5 rgt tu jgn lupa makan kahkahkahkahkahkahkah

adik yang kat kl pulak pindah rumah sabtu lps, sian la sbb dia tgh preggy pindah rumah pulak nsb la ada adik yang sorg lagi tu tolong dia..sblm ni dia tinggal kat atas bukit sayup kat bukit permai tu eiiii seriau nak pi situ dah la naik bukit pastu tinggi pulak pastu nak parking payah pastu nak parking payah pastu nak parking payah pastu nak parking payah *brp kali ulang parking tu hahahahaha* pastu nak p kedai pun payah pastu masuk rumah dah xnmpk apa bukak pintu dpn nmpk dinding bukak pintu blkg nmpk bucu klcc je lain2 xnmpk hahahahahaha..skrg ni dah pindah tempat yang selesa sket ok la.  lang, yang penting parking tu ok..baru aku boleh pegi umah hang slalu kalau parking itu mudah kahkahkah.

PM dah umum plkn nak tangguh sementara..sedihla sbb xdpt msk plkn ehhh hahaha sedih sbbnya 2 org adik aku keja kat plkn dkt2 sini kena la depa cari keja lain, sianla wey..rumah nak bayaq, keta nak bayaq, makan lagi, anak lagi haihhhh pening jugak pk kan..ijat & ben bertabahlah!!! akak dengaq cita benggali roti bnyk kosong kahkahkahkah..chill lah rezeki ada di mana2 kan

okla itu je nak cita..bai

Friday, January 23, 2015

tercekik tulang

Assalamualaikum

semalam cuti bawak abah p jumpa pakar ENT hospital ipoh, punyala ramai umat kat situ ehhhh sesak barat! ni kalau kronik rasa mmg xde chance nak pulih eiiii rimas..pihak hospital patut buat inovasi la mcmana nak atasi masalah crowded smpi tahap boleh meraba tu, sesak sgt kot dah la klinik tu kecik comel je

kisah tercekik tulang ikan dari hari ahad ritu lagi, mak buat gulai ikan duri sedapla kalau mkn tang kepala tu kan, aku syak abah telan ngan kepala2 tu kot hahaha ok x lawak..dah buat mcm2 petua la so abah rileks je sbb igt esok2 tulang tu boleh la berenang ke dlm perut tapi rupanya syok sgt melekap kat kerongkong abah tu. so, hari rabu still x kluar abah nak telan air liur pun payah.  abah p la klinik kesihatan pastu direfer ke hospital batu gajah pastu direfer ke ENT Hospital Ipoh..brp bnyk refer kat situ??? dasar service kerajaan kan? kalau nak mati dah lama mati..ok bai

jadinya smlm aku cuti la bawak abah pegi jumpa pakar, aku nak mak dok expect mesti operate ni sbb dah 2 doktor xboleh kluarkan tulang tu.  sblm pkl 8 dah amek nombor pkl 11 baaaaaaaaru pakar smpi.  hai pakar *lambai2* busy eh??? aku dah bgtau abah awal2, masuk kemra kot hidung tu rasa mcm mkn mekdi je, abah buat rileks je tau.  hidung masuk kemra, mulut nganga pakar tu guna penyepit cari smpi dpt tulang tu.  tahniah pada doktor2 ENT tu walaupun laaaaaaaaambat smpi tapi berjaya kluarkan tulang tu.  smlm pakat2 la kumpul anak branak tgk tulang yang dh kluar tu hehehe

dah setel urusan semua dekat pkl 12 jugak terus bwk mak ngan abah p mkn dulu sbb abah kan kena puasa, jadinya aku ngan mak pun sama puasa jugak sbb nak bg moral support kat abah karang aku p mkn mcm x best pulak abah xleh mkn kan..aku igt abah serik dah xnak mkn ikan sbb dari dlm kereta dia dok ulang2 ckp "jgn mkn dah ikan nih..eiiii xsanggup nak nganga kat doktor lagi" tengok2 dlm pinggan dia terbentang ikan keli goreng rangup! hmmmm tadi mcm serik ja hahahahahaha comel la

itu je la nak cita.  jadi kome mkn lps ni hati2 termasuk la aku jugak kena hati2..bahaya betol tulang ikan ni.  blk skolah smlm irfan bgtau yang cikgu lantik dia jadi ketua kelas 'sementara', aku tnya kenapa x ketua kelas 'selamanya' dia ckp nanti cikgu nak pilih org lain. apada cikgu nih, kalau lps nih cikgu pilih org lain, frust menonggeng la irfan kan? dah tentu2 dlm fikiran dia dok harap dia akan jadi ketua kelas 'selamanya'..xpe irfan, irfan kan ketua kelas kita kat rumah kan *semua kena ikut ckp dia kalau marah sikit mesti menangis plus muntah2*, kira ok la tu kalau xdpt jadi ketua kelas kat skolah tu.  mama loves irfan selamanya. muah ciked!


Tuesday, January 20, 2015

hai lhdn!

assalamualaikum

hati bengkek plus xde mood.  baru dpt surat dari lhdn mintak potong gaji bayor cukai RM5K! ye la ye la gaji aku sebulan 30 ribu kan?

ok bai nak p shopping sat perabih buang 3 juta dlm akaun tuh *rolling eyes*

Monday, January 19, 2015

hati yang kau sakiti

assalamualaikum

aku mmg xboleh la dengar lagu rossa ni, hati jadi sayu, rasa sakit tu tiba2 datang, xtau nak cita mcmana sakit tu..

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku selalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang kurasa
Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yang telah disakiti
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku selalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang kurasa
Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yang telah disakiti
Ku menangis
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yang telah
Kau sakiti

bosanla boss xde seminggu hmmmm 'hilangkan diri' kang dpt memo tnjk sbb lak..aduhai

cinta ibadah

assalamualaikum..

celam celom blog aku nih..ada mood tulis xde mood pandang je la hehe

eh, kome tgk cinta ibadah x? kol 5 kat prima..aku xtgk pun, mmg dah set dlm pale otak mmg xnak tgk! aku xsuka cita2 suami kawen ngan org lain, pastu ada pulak pompuan lain nak rebut suami.  serius aku xsuka cita yang mcm tu, sakit jantung tgk! taaaaaaaapi irfan tgk!!! dia blm terlepas 1 episod pun lagi tau.  dulu kan cuti skolah sebulan puas la tgk tiap2 ptg, ni dah skolah tgk ulangan je pkl 9 karang.  blk je skolah agama mak aku la tukang bakar line menaikkan semangat dia nak tgk ulangan mlm karang hahahahaha.  kalau sabtu ahad irfan akan dok dpn tv pagi2 sbb nak tgk marathon cinta ibadah je sanggup xnak ikut kemana2 sbb karang xdpt tgk hafiz ngan rina, dasyat kau nak! telenovela sgt baru darjah tiga tu..dia kenal semua watak dlm cinta ibadah tu dari tok mummy (noor albaniah) smpi la ke penjahat khalid, agnes & koncu2nya *tabik spring*.  aritu kan ifa raziah peluk sakan ngan hisham hamid ms final gegar vaganza, irfan tnya aku "mama, tu isteri hafiz ke" itu la kau ifa terpaksa akak pulak explain kat irfan tu, gatai sgt nak peluk laki orang!...  bkn kata anak aku xtgk oasis..karang ada je ckp dlm ati tanah kubur xnak lak tgk marathon kan?? tgk jugak dia kenal jugak tok adi tu haa, ustaz kazim pun kenaaaaaaaal

ok la nak cita tu je.  anak orang darjah 3 tgk kartun anak aku tgk cita suami isteri hmmmmmmm

Tuesday, January 13, 2015

habit

Assalamualaikum..*takjawabdosa*

boss xde ni..miting smpi tengahari *lompat bintang* hahaha dasar keje gomen kan nak curik tulang je.  biar aa hahahahaha

aku nak share satu cita..harap korang excited nak baca.  aku ada satu habit..habit ni baru lagi.  baru dpt sejak aku dah bwk keta nih...aku suka sangaaaaat speeding! dlm 4 bln dah ada 4 saman laju.  itu aku cek masa bln 6..ni dah stengah tahun takut pulak nak cek mengenangkan nak kena bayor, aduhaiiii.aku xtau mcmana nak buat bg aku bwk pelan2...korang ada tips tak?  p keja bwk laju gila tambah2 kalau ada yang perangat kan mmg mendapat la tekan minyak mcm ada batu kat kaki xleh tekan brek hahahaa sblm 7.30 dah smpi office.  blk pun sama mesti nak cilok2 pastu klu boleh nak tekan minyak smpi abis, 5.30 dah smpi umah pastu klip pop klip pop bijik mata xtau nak buat apa sbb smpi awal sgt hahaha buruk sgt perangai.  kadang2 aku dah set mulai hari ini aku nak bwk slow2.  Bismillah je ok smooth, masuk je hiway mmg kedaung la niat & nawaitu yang satu tu.  aritu ms dtg keja aku langgar kerbau tepi jalan hahaha itu serius lawak sbb kerbau tu main aci jengol kepala apa lagi terteleng la kepala kerbau tu..kemek la jugak cik pepel aku tu kena hidung dia pastu insaf kejap smpi petang, esoknya gila balik tekan minyak.  acaner nak buat eh..mak aku kata aku ni terikut2 cara arwah suami bwk keta, org lain semua salah aku je sorang yang betol,  nak kena turun tepi jalan nmpknya mak aku nih muahahahahaha

sabtu lps abah aku ajak p kndri kawen sepupu dia kat semanggol..smpi2 katerer baru nak susun makan, pastu tuan rumah pun xdtg dewan lagi ini lawak..aku tnya abah aku betol ke tmpt nih asal xde tuan rumah pun, bunga manggar pun xcacak.  abah kata kalau dah bawak laju mana x smpi awai.  aku laju2 tgk jam, aa ah la blm pkl 11 lagi kah3 *sorok muka bawah stereng*

acaner eh korang..nak buat habit aku yg mmg sah2 xelok..takut2 tu mmg takut kalau jadi apa2 sbb cara pemanduan aku mmg kejam gila cuma aku ni ikut law, traffic light mmg aku berenti.  mungkin aku patut ubah jalan dtg keja kot tapi nak dtg kot celah bedah mana lagi tu je satu2 jalan nak pegi ipoh hmmm adakah perlu pindah dok dpn office? gud idea!!! nanti petang nak kawtim ngan cina kedai tayar dpn tu kot2 dia ada blk kosong.

ok bai

Monday, January 12, 2015

kembali ke sekolah

Assalamualaikum...

oh hoiii bnyk gile kereta sepanjang jln kenangan nak mai ipoh nih.  sekolah dah bukak kan, xde can la nak rempit2 bagai..jadi pemandu berkhemah la jawabnya pasni keh3

aiman irfan pun start skolah..aku xde cuti pun berenti kereta dpn pagor skolah turun la sendiri p kelas..dah besor kot darjah 5 & 3 memasing dah pandai cari makan kelas sendiri.  lagipun duit buku semua dah bayor dah xde utang ngan skolah.  jadinya arini dah start belajor cumanya masa bli buku tu abah aku terlupa nak tnya pasal jadual blajar, jadinya arini p skolah main redah kasi pecah extravaganza gamble je bwk buku teks berpandukan pengalaman mamanya hehehe..aku suh depa bawak buku teks subjek utama je..subjek picisan tu xyah bawak.  moncong je irfan sbb dia kalau boleh semua buku nak bawak sayang benor ngan cikgunya.  aiman jugak yg cool..dia tu serba serbi cool, p skolah x letak minyak rambut pun apaadahal?? jgn irfan, mau banjir tronoh kalau x sapu minyak rambut, x macho dia kata mcmla dia tu artis k-pop hahahahaha

tahun ni persiapan skolah ala kadar je..mn yang boleh pakai baju tahun lps aku suh pakai tahun ni untuk aiman la.  irfan mmg 100% xleh recycle sbb dia dah gemok hahaha gemok melampau2 mungkin sbb dia bersunat awai aritu kot mmg badan naik menjadi2 ntah ikot sapa ntah bahahahahahahaha.  bonus kan lambat, jadinya bli yang mn dan je la, lain2 dpt bonus nanti baru beli topup2...

ok la..nak start keje *sambil hirup kopi ais kaw ais lebih*

Friday, January 9, 2015

apa cer nih????

Assalamualaikum..

ok 2 entry satu hari eh..ok la tengah merajin bos xde nih..julung2 kali baru dpt 2 entry per day hahahaha

baru 2 hari lps ada hamba Allah ni sound dpn member aku "nora ni bos xde dia pun xde" ohh sedapnya I dengar, basah taik telinga dua2 belah tau..muah ciked! bladihel..padahal aku ada je kat office aritu, mgkn masa tu aku p toilet ehhh xkan nak kencing dpn blk bos kan? hancing kang acaner? bodoh!

lepas tu lepas tu..arini bos xde pandai pulak dia xde hahaha...lawak betoi la, dah la ada benda urgent bos amanah kan kat dia suruh setel sbb nak email kat hq ptg ni jugak, skali jengok blk dia dah kunci, oooo half day rupanya.  eh, pandai pulak kau ye bos xde ko pun xde hmmm resmi sgt kan baru 2 hari lps kata kat aku skrg ko dah jilat blk air liur ko tu..kesian

salam Jumaat

Assalamualaikum...

ehh ada entry plak arini..kome jgn berharap sgt ye..ni karang2 2 tahun lagi baru ada new entry kah3333. aku ni sibok kalahkan menteri, kalau ari2 cek bonus masuk ke x mana x sibok ye dak? ahahahaha

tadi pagi ada perhimpunan bulanan. boss kata kena ikut stail org jepun.  pompuan jepun yg menyusu anak rela berhenti keja fokus jaga anak je..tiap2 pagi pegi kelas buat seramik, pastu blk tgk anak, petang tgu suami blk keja..so cute!...jadinya sbg nak amek teladan aku cadangkan pada 2 org officemate yg mmg BF utk berhijrah ke jepun hahaha..ikut stail org jepun je aman rumah tangga, xde keje yg backlog! gitu kekdahnya..so kawan aku yg sorang tu ckp lps ni dok jepun buat labu sayong le..aku kata jepun xbuat labu sayong dik oi, dok sana ko kena buat patong tokong jepun je kah3333333...keraih perut dok gelak kan depa tu..beria nak pindah jepun...saya yang menurut perintah katanya hahahah bengong lah! tau kat bos kita bahan amanat dia mampos hahahaha

tu je nak cite hahaha...ok la nak p lunch arini jumaat boleh borak lama sket kat meja...nak discuss pasal rombongan cik nora ke klia2 mengantor sahabat nak ke jepun kah333

ok bai


Thursday, January 8, 2015

hai 2015

assalamualaikum

hai 2015!!! dah seminggu baru nak wish kah3..maafkanlah aku sbb aku baru2 ni kena sindrom bonus aci masuk x masuk rupanya mmg x masuk2 kah3 jadi mood dah ke laut dalam lagi dalam dari lautan hindi 

apa nak cite eh..bila bonus lmbt ni diri secara auto akan jadi lemau sbb xleh nak shopping online..ig pun xleh bukak slalu sbb nanti geram je pandang xleh nak ode kah3..sian tau peniaga online tu tgu je I bila la si nora ni nak ode, korang..tgu eh lagi seminggu dua kita ode laju2 k *peace* hahahaha sah! sah bengong

eh korang tgk x MLM? siyes best kan? aku mcm besa la SEPAHTU die hard fan!!! tapi satu undi pun haram kah3..lagi aku suka SYJ, SHIRO  dan aku suspect 3 group ni boleh p final kalau kome terus undi diaorang..jadi cpt la undi k, aku bonus lmbt so xleh la nak undi mcm kome kah3

eh..nak wish tahniah kat #TeamMalaysia sbb smpi final Piala AFF Suzuki..aku bkn minat sgt bola2 nih, xpenah nak tgk pun player pun kenal yang popular je..safee tu kenal sbb dok tgk muka dia kat papan iklan besor tepi trafik light haa baru igt muka hahahahaha...tapi sejak piala aff ni aku jadi rajin plak ikut tgk tu pun sbb menang, kalau kalah terus tdo hahaha dasar!...aku gila tgk sbb farizal je..elok pulak tgk dia ngan jersi keeper wane klabu aaaaah penasaran bila tgk dia sepak bole senget menyayup pastu rambut berombak2 gegar hmmmm wangi!!!

ok la nak cau..gigih ari2 cek m2u kot bonus masuk hahaha x abis lagi pasal bonus..member office dah naik bengang ngan aku, kalau sembang je xde cita lain, bonus bonus bonus..dlm wasap group pun cita bonus je aku up hahahahahahahahahahaha dato' seri cepat la bayor bonus kite!!!! anak kite nak skolah bln satu bkn bulan dua! ok bai

salam