sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Wednesday, September 24, 2014

kisah hari ketiga

salam

27 september 2013

aktiviti mcm biasa, amek tekanan darah, amek darah! phewww smpi lebam tangan kakak ni reja dijolok jarum doktor..tension!
hari tu dah ok sket..bola pun dah naik tiga2 dengan cemerlang!! pakar suka dan tepuk tangan ramai2 *tipu* dan xyah dah sedut oksigen kat lubang idung tu..lega rasa.  pastu hari tu pun dah boleh buang botol yg sedut darah beku tu..apa nama ntah aku xtau makanya hari tu dah boleh mandi yeayyyyyy!! doktor kata xboleh mandi lama, sikit ja air lalu..aku nak mandi sikit2? mmg tak la..mak kata aku kalau mandi org balik dari kl dh smpi aku xsudah mandi lagi hehehe..so sian budak praktikal tu kena jadi jaga kat luar. aku mandi siap pakai shower shampoo segala..berlengas punggung sbb pakai diaper tu eiii xmacho langsung kakak kawasan pakai diapers! dah siap terus pakai spender lega rasa dpt pakai spender.  disebabkan aku dah cargas maka kena la tukar posisi katil..adan uke! aku kena ganjak ke depan sket sbb tempat aku tu ada patient baru nak masuk.  ok kakak x kesah.  selang dua line dari katil aku ada la patient yang meninggal..al -fatihah. dah depan mata tgk je la tong mayat yg zink tu kan..sambil menyaksikan dalam debor tu staff nurse singa dtg bgtau lps ni aku kena pindah kat katil tu sambil tangan dia tunjuk kat katil yang makcik baru meninggal tu phewwwww kakak nak nangis! terus lari2 ngadu kat doktor hensem *tipu* kakak pun ckp kat staff nurse singa tu nak katil lain xnak la tempat tu lagi pun "panas" lagi katil tu.  staff nurse kata "kak, nak mati kat katil ni pun akak boleh mati".  amboi kau..kelasnya bahasa! mmg la mati tu mana2 pun boleh tapi jgn la dpn mata aku ni kau nak suruh pindah serta merta.  bodoh! dalam geram2 tu pindah jugak kalau idak kang mn nak duduk.  bila aku protes staff nurse tu tukar katil lain tapi tempat yg sama tukar katil je..katil tu punya tinggi.  malam tu aku xleh tdo, takut sepasal, satu lagi takut jatuh kalau aku lasak2..masa tdo smbl pegang kepala katil lawak je aku rasa..pkl 4 aku tdo atas kusi je.  pagi tu aku mintak kat doktor kerusi malas alasan katil tu tinggi, susah nak panjat naik dan aku gayat.  dari pagi smpi ke mlm aku dok atas kerusi malas je..biar aa, nak sgt ubah tmpt aku..aku buat dek je bila doktor suh aku rehat atas katil.  ptg tu kena jugak panjat katil sbb doktor nak masukkan ubat apa ntah yang utk kalsium tu? aku pun xigt ehh mmg xtau pun hehehehe sbb nya hari ketiga tu kaki tangan semua kebas kurang kalsium kan, lagi best ngan muka2 semua kebas kelopak mata siap melekat sbb krem kih2 lawak betoi..pakar tnya aku jawab xde kebas tapi depa tu dh nama pun pakar depa boleh tau muka aku tu kebas heibat betoi doktor tu :D..petang tu masuk la ubat kot drip tu gila sakit weyyyyyyyyyyyy...sakit yg aku xleh nak bayang mmg menangis time tu..kiri kanan pelawat katil lain tgk aku, peduli apa mmg sakit masa tu mak pulak dah balik lagi la keriau kuat..merayu doktor sbb sakit sgt bila ubat tu dah masuk dalam salur darah tu tak terbayang kena tgu 40 minit smpi ubat tu habis..hazab!

malam tu aku di arah pindah katil, ye la dah 24 hours dok kat kusi malas je, nurse suh aku pindah line lagi depan dkt dgn pintu masuk wad dah tu katil rapat2 pulak kelas tiga kan mmg crowded la aku rela tido sempit2 dari tido luas2 pastu kang ada teman yang tidak diingini rela aku sempit2 kikiki.  mmg nak ngenakan aku sangat sbb kiri kanan dpn blkg semua india kah3 bau keling kau tapi redho je sbb igt pesan pakar ptg tadi esok boleh balik..biar la igt aku kesah..aku lagi suka, tdo pun lena je smpi pagi.

day 4 yeayyy boleh balik!..smbg esok

Tuesday, September 23, 2014

cerita operate hari kedua

salam..

dah nak setahun kau baru nak up cita hari kedua..hahaha apaadahal blog kite kan hehehe

26 september 2014

lps peristiwa basah tu aku xleh nak tido la, doa je cpt siang cpt la tukar shift..pastu dah cerah dtg la bebudak praktikal tu depa la yg tukarkan semua, lap2 badan..malu pulak rasa.  aku harap aku xjumpa dah budak2 tu dan depa x cam muka aku lagi hahaha malu 10 hasta kot..yg best merasa la aku pakai diapers dan depa yg pakaikan kah3 tambah lagi malu 10 hasta.  alasan: doktor x kasi aku p toilet semuanya aktiviti atas katil je sbb oksigen dlm paru2 kurang jadinya takut aku pengsan dlm blk air..ok maka berdiaper la siang malam wekkk geli kot wei eeiii xleh nak bayang la.  doktor pakar ckp aku kena praktis sedut benda alah apa ntah yang ada 3 bola tu mesti tiga2 bola tu naik ke atas baru doktor puas ati..xleh pulak nak up gambarnya..itu la keja siang mlm 4 hari kat wad keja la sedut benda alah tu.  aritu jugak boss sms nak dtg melawat..terus rasa disayangi *libaslibasrambut* boss tnya nak mkn apa, aku jawab mn blh mkn boss nak minum pun hazab, bos kata aku manje auwwwww..ngade tau wakakakaka.  aku x expect boss nak dtg sblm waktu melawat tau2 je muncul dpn mata hemmm x sempat gegirl nak pakai tudung maka redha je la lagi pun aku mn boleh nak gerak pantas nak sambar tudung yg jauhhhh sket budak praktikal tu tolong gantungkan..lps tu ramaila jgk yang dtg melawat kawan2 office, kawan x office, sedara mara, adik beradik, ipar duai kira ramai laaaaaa yg dtg *rasa disayangi emmm wangi* hahaha bengong!

bab ujian darah tu mmg bengong la..x bagi kerjasama langsung! kesian la kat kakak ni..darah ni saje tau xnak kawan.  mcm2 la ujian doktor2 tu. lagi satu yg xsyok setiap kali doktor dtg..doktor nya x sama, asek la kena ulang crita dari mula detect thyroid smpi la ke smlm punya operation.  lemas kite tau..dah la suara kita mcm bapok malu lagi 10 hasta, nak pulak yg dtg tu doktor laki, hensem pulak, ehh muda belia auw maluuuuu.  hari kedua tu mmg aku xde rasa nak makan langsung mak aku bwk lauk dari rumah pun mampu pandang je, pastu suh mak bwk blk bekal tu..minum air pun guna straw sbb tengkok ni xleh nak pusing 360 darjah..tunduk ke langut ke apapuntakboleh.  makanan masuk sket je..pastu dah xboleh kunyah pun rasa lenguh..hemmmm ni kalau sebulan dok hospital mau bertukar jadi model badan kakak! *perasan*

ok bai..sambung hari ketiga pulak..hari ketiga hari palinggggggggggggggggggg bara! jaga kau staff nurse kalau aku dpt kau kau siap *singsing lengan*

anak sekarang

salam

aiman & irfan skrg ni aku rasa nak remaja sgt..ye la apa pun dah xbuleh skrg ni, kuasa sailormoon di hujung jariku telah tamat tempoh hayat huhuhu..apa benda pun depa yg tentukan contohnya...

potong rambut

mama  :  baiya, pendek boleh sikat
aiman  :  xmau!..kita nak no (sebut no yg dia nak)

salam pelok cium

aiman  :  salam je, xnak cium
mama  :  kenapa plak
aiman  :  abis la rambut kita nanti
kemain...

seluar

mama  :  siang2 ni pakai sluar pendek je baby, kan bnyk dlm lemari tu
irfan  :  ustazah kata kena tutup aurat
hampir putus napas! mengaji liat tapi tutup aurat yg dia sebokkan sgt..baik la ustaz baby!

kedai mamak

mama  :  teh o ais 3
irfan  :  kita xnak! kita nak extra jus strawberry
aiman  :  kita pun...kita anggur
ehh..lawan tokey!

 ok bai..xde bende nak share tapi nak jugak menulis, nak jugak..:D

Monday, September 22, 2014

last seen

salam

oh hoiii..lamanya x mencatat di sini!  rinduuuuuuu tapi kekangan masa kot..keja office, keja rumah, keja skolah anak, novel lagi berbuku2 lagi nak habiskan, itu blm lagi nak game kan frozen ngan maleficent hmmm bnyk betoi kekangannyeee..ajenye yeee itu x termasuk penyakit gila stereng pantang minyak penuh merata lepas kah3

nak share satu perasaan bahagia nih..tapi xelok kan bahagia sbb kenakan org..tapi kira bahagia sbb what u give u get back!  x sangka pulak ngan tutup last seen kat whatsapp tu buleh buat org sakit hati hahahahahaha itu yg bahagia sgt jiwa raga daku!  itu la dulu elok2 aku wasap bahasa baik2 buat xlayan skrg ni bila aku tutup last seen haa baru la kalut2 tnya "nora, wasap u ok ke, xnmpk online" pastu terpaksala guna medium sms hahahaha siannn baru tau betapa dikau memerlukan daku kan?

ok lah nak sambung buat keje..

bai

Wednesday, February 5, 2014

cerita aku operate - hari pertama

as-salam

tenggelam timbul tenggelam timbul..la ni super busy betoi, keja kat office xpenah abis makin bertambah2, blk rumah dah hai di rumah pulak smpikan nak main candy crush pun xsmpt eh iye ke tak sempat?? ntah rasa mcm sempat ja muahahahaha

ni ha aku nak story pasai aku operation buang thyroid tahun lepas haa kau tahun lepas baru nak update tahun ni, ok la tu kurang2 ada cita nak up ekekeke.

25 September 2013

siap buh tarikh ko..senang nak igt kan hahaha..pagi tu sesudah subuh kami gerak dari rumah dlm 6.15 pagi sbb doktor kata kena smpi sblm pukul 7 pagi.  semua pegi mak, anak2 pun x p sekolah aritu sbb xtau kol brp nak selesai kang xde org plak kat umah nak uruskan depa kan..dlm kol 6.45 tu dah smpi unit rawatan harian, hospital ipoh.  dah daftar segala masuk tempat tu aku tgk ehhh ramai gila depa ni smpi pukul brp agaknya :D.  prosedur biasa kena amek darah, tukar 'uniform' pastu kena mkn ubat penenang + ubat tidor nak bg aku relaks kata doktor.  rileks la sgt kan smpi ke tengahari jgn kata nak pejam, menguap pun haram.  takutnya tuhan je yg tau dok tgu giliran atas katil tu..tgk sorang2 pesakit lain attendant dok tolak masuk bilik bedah eh aku ni bila smpi gila punya awai, skali anak aku dtg bgtau nama mama bawah skali...makna kata aku yg last oh hoiiii lapaq gila!!! kalau dah tau last suh la aku mai lmbt sket dah la aku kena puasa dari mlm tadi ni dah kol 1 blm mkn lagi seksa betoi kalau dpt penyakit mcm nih.  kol 2 tu ada nurse mai bg mkn ubat tidor, ubat lagi?? aku kata ubat yg pagi tadi pun saya xlena2 lagi,  ska ati ja aku sound kan hahahaha.  pastu nurse tu tolak aku naik wheel chair igtkan di sini rupanya operasiku nun di bangunan hospital sana punya sayup jauh.  aku bkn apa kesian kat nurse tu dah la kering aku ni giant mengah jugak dia nak tolak, aku nak jalan dia xbg takut aku pengsan sbb dah mkn ubat tidoq kan.  perasaa?? mcm2 rasa sedih paling bnyk la mintak maaf segala dgn mak ngan abah cium anak2 mana la tau xpanjang umuq ka kan sob sob sob tapi aritu ja insap lps operate dh mcm haram ja perangai hahahaha

ok serius...babak suspens dah smpi.  lps aku ditolak masuk blk bedah mmg terputus hubungan la dgn keluarga, lama jugak la depa biaq aku tersadai kat dpn pintu blk bedah tu dlm stengah jam kot dah ekon sejuk gila bayangkan la aku cuma pakai baju bedah hat putih ikat belakang tu..itupun malu2 alah dgn adik nurse tu sbb dia tolong ikat huwaaaa budak laki kot! mgkn dia pun dah jemu memandang agaknya mcm2 paten katanya hahahaha.  lps stengah jam ada la doktor datang interview tanya nama segala sakit apa pastu terus tolak masuk..ehh dalam rupanya bilik bedah ni jauh jugak tolak masuk lorong sana lorong sini baru smpi dan2 tu rasa nak terberak bila nmpk lampu atas kepala tu..bkn aku xpenah operation penah dulu sekali masa bersalin aiman tapi masa tu kan tgh sakit nak branak bkn nak kira sgt takut nak operate tu tapi kali ni lain sbb bius satu badan kira xsedaq habaq kalau qoluinnnalillah pun nasib la..doktor2 pun start la buat operasi cucuk itu cucuk ini ejas sana ejas sini..yg lawak stretcher tu saiz s aku saiz adibah noor, kome bayang la sendiri jenuh aku tahan napas nak bg muat hahaha bila doktor kata ok ready semua..aku mcm eh apsal aku xrasa nak tidor ni alahaiii jgn la dia belah aku hidup2 terus aku ckp ngan doktor tu doktor pun dok sebelah gosok2 tangan aku haiii gosok la lama sket doktor saya rela muahahaha mcm aku slalu ckp stok doktor kat hospital ipoh ni hensem2 bhai jadi jomla sakit beramai2 kah3..aku tnya la doktor nak mula dah ke tapi kenapa saya x rasa mengantuk pun..doktor pun sambil belai2 tangan aku suh aku rileks xnak tdo xpe kita tgu smpi awak tidor ehhh bahagianya rasa *bunga2 cinta* kakakakakakaka gatai!

bila aku sedar aku dengar suara2 org bersembang pasal cita hindustan...aku terbatuk dan termuntah tgk cermin tingkap dah gelap ehh dah mlm ke? masih di dunia yg fanakah aku nih? aku tgk nurse kelam kabut lap muntah pastu sambung tgk hindustan hehehe..ooo dah selesai rupanya aku mamai2 la masa tu aku tnya nurse dah pukul brp, nurse kata dah kol 7..mangaiiiiiii lamanya aku operate dari kol 3 smpi 7 dekat 4 jam tu.  bila nurse tolak aku masuk wad anak2 ngan mak abah masih setia tgu aku kat luar.  anak2 aku buleh bantai teriak sekuat hati bila nmpk aku disorong keluar semua org hairan bkn aku mati pun elok lagi bercakap ni ha kah3.  nurse tu siap cakap kenapa nak menangis, mak elok sihat ni haa poyo punya nurse hehehe...dah setel masuk wad aku pun mamai2 kejap sedar kejap lebuh bila sedar blk mak aku dah nak blk.  pastu aku yang mamai sambung mamai smpi ke pagi.  lebih kurang pukul 4 pagi tu aku nak terkencing, aku panggil nurse ehhh apasal suara aku xkuar nih nurse buleh xdengar aku panggil last2 angkat tangan mcm kat skolah tu teacher, please may i go out? haha mcm tu la lebih kurang, igt nurse nak kasi? dia suh aku kencing atas katil.  Ya Allah, nurse kalau saya tengah mimpi buleh la kencing smbl tidor, ni saya dok jaga mana reti nak kencing gitu ja.  Last2 dia amek bekas kencing tu kena kencing atas katil jugak.  niat hati nak hentak2 kaki protes kat nurse tapi nak bangun pun xbuleh ada niat nak hentak2 kaki bajet retis! nurse tu letak bekas xbetul habis la air kencing tu menjalar2 ke belakang aku  nih..makkkk nak blk!!!!!!!! seksa nya tuhan ja yg tau.  aku mmg xleh bangun paksa rela la nurse buat mcm tu.  dah tu bknnya dia salin baju aku tu..dia biar smpi esok pagi tukar syif baru bersalin..sangat GAMPANG.  smpi siang xleh tdo sbb xselesa dan nak cepat pagi aku nak p bilik air.

ok sambung lain hari k..itu baru cite sehari aku dok hospital 4 hari maka bnyk la cita aku nak up pasni hahahaha

Monday, January 13, 2014

hai 2014!

salam..

tu dia tahun baru dah! cerita 2013 tak habis up lagi kat blog ekekeke...xpa nanti2 ada masa up cita yg tertinggal tu..kalau kome xmau baca pun sekurang2nya esok bila aku dah tua dan pencen sambil kira duit pencen baca blk blog *tua2 baca blog, apakah??* buleh jugak refresh ingatan aku oo tahun ni aku buat ni, tahun ni aku buat tu kan :D

hari ni ada rasa sedikit insaf plus kesian sebenaqnya..tadi nak mai keja tgk ada 2 anak india p skolah.  yang adik aku rasa darjah satu sbb mcm tecik sgt bawak beg kosong ja aku nmpk mcm ringan so aku asume beg tu ada kotak pensel ka ada pensel ja xdak case kan, sian mesti pak dia xbayaq duit buku lagi..yang abang besaq sket dari adik bwk beg koyak, beg anak aku tahun lepas lempaq buang ja..ala kesiannya walaupun bkn sekulit dgn aku tapi naluri seorang ibu tu tetap ada..aku kalau jumpa objek yang buleh menimbulkan rasa kesian mmg aku akan kelebek abis..aku tgk baju pun xiron, pastu baju plak ada nila tompok2, stoking pulak xpakai, kasut pun xbasuh haihhh awat mak dia malas sgt bab nila tu..buruk tau bila pakai, apa la salahnya p celup2 dlm ayaq jadi normal la blk baju tu..sian budak tu.  tang iron tu mmg aku xkomplen la sbb mungkin orang susah sbb beg pun koyak, buruk mcm tahun lps punya ja.  bila nilai diri sendiri kalau anak2 aku confirm depa xmau p skolah dengan keadaan lagu tu, pagi2 celek mata bkn nak bagi salam ka apa terus tnya "mama dah iron baju ke" erkkk apakah anak2 ku ini muehehehe..beg skolah koyak sket dah paksa aku bli baru.  beg tahun lps elok lagi tahun ni nak jugak beg baru siap beroda bagai yang tahun lps dah tauk dalam tong sampah, kalau aku tau india tu xdak beg aku bagi dah kat dia..sian la wei.  smpi ke la dok teringat budak2 tu mcm anak2 aku la yang abg jaga adik tapi kalau aiman rasanya xjaga mcm tu..dia lantak je irfan bawak diri pandai2 la kamu katanya hahahaha...mgu lps irfan ada crita yg kawan dia sorg xde buku tulis cikgu dah marah2..sian wei aku dengaq irfan crita
irfan : mama, kawan kita tu xde buku tulis, cikgu dah marah dia suruh beli
aku :  kenapa xde pulak kan ke cikgu dah suruh ibu bapa beli masa cuti aritu
irfan : ayah dia belum dpt gaji lagi
oiii aku rasa sebak menaip ni..kesiannya rasa nak p bayaq duit buku kawan irfan tu tapi kang kalau bayaq aku pulak yg xberduit hehehehe..tapi naluri ibu tu mendorong rasa kesian tu wujud..

anak2 mama berdua, sentiasa bersyukur apa yang kita ada, walaupun aiman & irfan xde ayah tapi mama tetap cuba sediakan mcm orang lain yang ada ayah...belajaq pandai2, rajin p skolah (ditujukan khas untuk irfan), hormat mama, hormat tok, hormat wan..esok dah besaq boleh keja dlm ekon mcm mama xyah lap2 peluh ngadap matahari ok...luv u both!!!!