sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Thursday, September 5, 2013

aku yang dulu bukanlah yang sekarang

as-salam..

tu dia tajuk ke main kau jah! dulu dulu dulu...wakakakaka..ok ketawa sakan plak..opsss bersopan santun sikit nora igt hari2 mendatang nun..ok baiklah!

skarang aku dah start pangkah kalendar.  utk pengetahuan korang eh ada ke org amek tau? lantak la janji esok2 bila aku bosan leh ulang baca balik apa yg jadi kat aku :D :D..ok la sambung crita.  pertengahan bulan Jun lps aku direfer ke klinik pakar pembedahan hospital ipoh sbb didiagnose ada tiroid hasil ujian darah dan scan.  takut? of course la aku takut sbb aku zero bab2 tiroid ni lagipun benda ni kan x sakit dan x menjejaskan aktiviti melantak x hengat aku pun..jumpa pakar, pakar nasihatkan aku buat biopsi untuk lebih pasti sbb doktor kat klinik cakap tiroid aku xbahaya pun tapi bila jumpa pakar, pakar kata bahaya ni makin besar so kena buat biopsi.  aku yg bodoh2 alang nih pun baik doktor, mari kita buat!

1 julai tarikh diberi maka aku pergi dengan berat hati.  dupdapdupdap jgn cerita la..ada pulak kakak sebelah aku tu nak buat biopsi jugak kat nenen dia, dia pun cerita pengalaman cousin dia dah operate bagai tiroid nih..aku dah gulp gulp gulp telan ayaq liuq..akak, jgn la takutkan saya please please please! tiba giliran aku slps amoi tu aku tgk tengkok dia ada tampal2 dlm ati aku pikir mesti kes sama ngan aku nih so aku tnya dia sakit x? dia geleng and cakap x sakit lah, mcm gigit semut ja..aku pun ooo iye? bodoh2 alang kan?..tgk muka doktor, senyum2 kat doktor, doktor suruh baring ehhh doktor hensem kot bhaiiii!!! terus mata kluar imej love!love! sembang2 baring2 selak2 selak tudung aku tnya sakit tak doktor buat benda ni, doktor kata mcm kena gigit semua ja, puan rileks ja ok.  aku pun tnya la lagi doktor dah kawen ke? awat doktor hensem sangat haa? aku dah gabra bila dia sapu2 ubat bius ala sikit je pun sapunya gelabah la aku mesti sakit nih..dah la sapu2 pastu p sembang mengorat doktor pelatih cun blakang dia ini yg aku nak angin ni cinta dah beralih arah?? puiiiiiii perasan aku kahkahkah.  dia pun mula la operasi.  oh mai gad!!! sakit siot dah la kasar buat keje, bodoh! sakit la! dok terasa2 lagi smpi skarang ni jarum tu bergerak2 dlm tengkuk aku nih dah la amek kiri kanan plak tu..choooiii la demi doktor hensem ku tahan jebat! terus sound, doktor hensem, saya nak m.c. 20 hari! ok saya bagi setahun! kah3 buat lawak ehhhh..

31 julai jumpa pakar & pakar yg x brapa hensem sgt muka-ketat-keras-kejung-xde perasaan sahkan mmg tiroid la bkn kanser so syukur alhamdulillah tapi doktor muka-ketat-keras-kejung-xde perasaan tu kata mmg kena buang la sbb aku punya tiroid ni jenis multinodular thyroid korang google sendiri.  kalau biar boleh menjadi kanser sbb dia boleh membesar dengan cepat. aku yg bodoh2 alang nih pun baik doktor, mari kita buat!  doktor muka-ketat-keras-kejung-xde perasaan bagitau aku la kesan2 slps operation ni yg mana suara aku yg lemak-merdu-lemah-gelamai-bak calon kilauan emas akan jadi mengecil seperti suara doraemon! oh mai gad! xkan kot? jadi suara aku yang dulu bukanlah yang sekarang laaaa...alaaa baru berangan lagi 5 tahun nak masuk kilauan emas dah kena cancel..haiiiiihhhh...pastu kan aku kena makan ubat tiroid ni seumur hidup xleh miss walau sehari! aku pun whatttttttt??? are you kidding? ehhh brani aku cakap lagu tu mmg x la..aku buat muka cuak je pun lagi pulak kat sebelah tu ada abang hensem teman adik dia buat rawatan jugak mesti la kontrol2 ayu kennn..dasarr gatai kan wakakakaka...doktor muka-ketat-keras-kejung-xde perasaan terus bagi tarikh utk operation. nak operate ni korang tau je la kan mcm2 prosedur la kena buat.  dgn amek darah, x-ray, ecg, klinik ent ehh air kencing air liur air mani xnak amek ke? soal sambil jeling doktor..ehh brani la sgt nak sound mcm tu kan hahahahahaha

part yang syok adalah part jumpa pakar ent tu la..doktor muka-ketat-keras-kejung-xde perasaan tu cakap aku kena cek peti suara aku kan nanti suara aku akan jadi suara doraemon phewwww *lap2 peluh*..appointment klinik ent aku kol 2 petang..aku yg bodoh2 alang nih bila dah program nak cek peti suara mesti kena bukak mulut kan? pagi2 buta dah p bli chewing gum, anak buah mintak pun xbagi, sambil cekak pinggang ckp "ni maklong punya, nanti doktor marah" sengal kan aku, anak buah 2 tahun pun nak gertak2 kahkahkah..ampun ikah hehehe..so dari pagi dok mengunyahla nanti nak bila doktor suh bukak mulut doktor mesti kata hemmm wangiiiiii! nak cium sket..kata nak cek peti suara kann ok aku sengal! kah3....aku tgu nombor punya tgu punya tgu kol 3.30 baru nombor aku naik eh awat x kol 5 je baru panggil *jeling2 staff klinik*.  masuk jumpa pakar ehhhh hensem kot bhaiiii! mcm biasa terus mata kluar imej love!love! doktor hensem terus cakap laju2 mcm ERL ok nak cek peti suara kan, so kita masuk camera ikut hidung saya sembur sket hidung awak dan x rasa sakit nanti..aku mcm ehhhhh kemre masuk kot hidung???? adakah ini mimpi??? oh my gad!!! terus rasa nak pitam...hoiiiiiii kenapa x berterus terang dari awal2 masuk kemre kot hidung??? buleh la aku bersedia 3 bulan sebelum haiihhhhhh, abis tu xbukak mulut langsung dan2 tu campak chewing gum dlm tong sampah! puiiiiiii...! syok ok masuk kemre kot hidung ni rasa mcm mkn mekdi *libas2 rambut* rupanya sekejapan je prosedur tu doktor kata dah buleh blk nanti jgn lupa jumpa doktor bius bawa result nih..buleh balik? terus sound doktor, doktor saya nak time slip tapi tulis balik pukul 5 saya nak balik rumah terus *arahan mcm hitler* ok mintak dengan nurse2 saya nanti..haa kau mampu bagi arahan kat pakar mcm tu?? smpi rumah terus mengadu2 crita ngan mak first time masuk kemre kot hidung ye la mak kan x penah rasa kan? wakakakakaka...

so semalam 4 september, last appointment sebelum operation kena jumpa pakar bius & pakar bedah..aku dah tengok la tempat nak operate & ada ruang menunggu kat luar tu so selesa la mak abah & anak2 aku nak tgu aku operate nanti..sblm jumpa pakar bius mcm biasa prosedur timbang berat kan..sister tan tu tgk aku tgk penimbang dia..aku kata apahal sister? dia tnya aku betol ka ini? betol apa? ini berat la tgk serupa kurus tapi kenapa sangat berat?? haa ini mmg nak kena penendang jurus maut tahap 7 megatron nama dia! terus jeling sister sambil hentak2 kaki....nasib la pakar bius tu cun comey je terubat sket ati, jumpa pakar bius ada sikit takut dan doktor buleh tangkap yg aku sgt takut! sembang2 segala doktor kata memandangkan aku ada darah tinggi dan aku nmpk sgt takut dia kata nanti hari operation tu dia akan suntik ubat penenang sbb takut nanti ada komplikasi lain pulak bila darah aku naik masa tu..haihhh dia pun terang la apa2 risiko bla bla bla bla..aku angguk2 je la.  pastu jumpa pakar bedah lak. part ni aku nak tergelak tapi ku tahan jebat! sbb doktor bedah tu nerd gila rambut dia mcm abu bakar ellah kot mana aku xgelak kah3...doktor ni pelat sikit lidah gulung2 hehehe ye la doktor cina kan..bila dia terang atau soal, aku kena betol2 concentrate dengar sambil terrejip2 mata aku sbb nak paham apa dia cakap..haiii ya lokter, wa tatak paham apa lu cakap lorrr..

25hb ni aku akan masuk bilik bedah seawal jam 7.30 pagi, doakan yang terbaik utk aku..sayang korang semua...muahhhhhs

adios

2 comments:

  1. Ehh... nak kena operate. Harap tenang dan cepat sembuh nanti.
    Berakit2 kehulu....
    Dok baca entri ni berulang sbb lawak walaupun sepatutnya serius.
    KAH KAH KAH...

    ReplyDelete
  2. tq ris *lambai2 feeling retis* teruskan membaca okeh! :D

    ReplyDelete