sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Friday, May 20, 2011

crita suka duka

haiii....

2 3 hari ni xbrp nak best sgt sbb kami kat opis ni dpt berita yg agak sedih.  kan entry sblm ni aku bgtau yg bos aku asek takdak kat opis dok cuti sakit berminggu-minggu, rupa2nya beliau diduga oleh Allah.  Doktor sahkan yg beliau menghidap kanser paru2 tahap empat dan kanser itu adalah bersaiz 4cm dan akan membesar setiap bulan 1cm dan jugak ada masalah dengan tulang belakang dan juga buah pinggang beliau...ohhhh sungguh xsangka uols sbb bos aku ni sangattttttttttttttt la menjaga kesihatan dia tambah2 isteri dia seorang doktor pakar keluarga.  kami kat opis ni saban hari sentiasa beliau peringatkan tentang kesihatan sbb dia mmg suka aktiviti yg mengeluarkan peluh nih, apa program yg dia xjoin, aerobik, badminton, bowling, xpdc endau-rompin & terbaru sblm dia sakit ni baru ja berjaya menakluk Gunung Stong kat kelantan nun hebat x dia??? hebat oooo tu blm crita bab makan lagi senin ngan kamis mesti puasa punya, dtg opis naik tangga ari2 tapi tu laa aku kata mmg Allah nak uji dia & keluarga dia la...pagi tadi kami ada buat solat hajat & bacaan yasin untuk beliau jugak, semoga Allah meringankan beban kesakitan beliau & memanjangkan usia beliau.  terbaru lagik aku dgr beliau akan ditukarkan serta merta ke selangor (untuk tujuan perubatan & dekat dgn keluarga beliau) dan aku akan dpt pengarah baru la. 

nak selit sketla, aku baru je lps tgk KONGSI - lu langsi lu mati - panggung wayang bwh opis aku ni je haaaaa 1 panggung 6 org je tgk kan best panggung tu bapak aku punya hahahahaha tapi nak story la uols alooooooo xsyok wehhhhhhh masa berjalan 45 minit mcm tu je xde tujuan xde arah xde makne langsung cite tu ending pun ntah hape2 takat lawak je la sbb si sam tu ckp kelantan-siam tu je yg best pung tapi kalo korang nak tgk jugak pegi la kang kempunan lak kekekekekeke

nak selit jugak lagi ni, sblm tgk KONGSI tadi aku g cuci & potong rambut:- kedai gunting pun kat bwh opis aku jugak sblh panggung tu je best kan keja kat sini?? lega potong bagi pendek sket musim2 panas ni susah nak jaga dah rambut nih lagi pulak buleh jimat shampoo kekekeke

oklah uols...saya beredar dulu ya

2 comments:

  1. x sangka kan..tue lah kuasa Allah Taala kan..siapa sangka kan..tgk jer siap n tetiba di sahkan kanser..sure family dia pon x sngka kan..

    ReplyDelete
  2. dugaan utk dia tu gieyana, semoga beliau tabah la..buat lagi haru tu, anak2 dia bljr kat overseas siann kat depa susah nak blk tgk slalu

    ReplyDelete