sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Thursday, September 6, 2012

EPISOD 1

2003..


Awal ramadhan kami dpt berita gembira bila aku disahkan mengandung!! Yeayyyyy mau x seronok aku ngan arwah tgu berita ni dekat 2 tahun kot! Gila x hepi hehehe...2 minggu lps raya arwah dimasukkan ke wad Hospital Batu Gajah selama 4 hari sebab air kencing kotor dan muka arwah jadi bengkak2. Lepas kluar wad arwad dirujuk ke Hospital Ipoh utk rawatan lanjut selepas disahkan menghidap Nephrotic Syndrome ntah aku pun xpaham sgt doktor kata berkaitan buah pinggang sbb protien kluar melalui air kencing lebih kurang mcm tu la..arwah xnak pegi! Jenuh aku pujuk..kakak angkat dia pun sanggup datang utk pujuk dia ke hospital utk rawatan tapi arwah ni mmg degil la rasa mcm nak bagi mkn ubat tido pastu bwk senyap2 p spital hehehe..tapi aku xbuat mcm tu ok xbaik derhaka kat suami hehehe...badan arwah semakin membengkak masa ni dah mcm org gemuk, semua tempat ada air jalan pun dah mengengkang tapi tetap xmau ke hospital. keluarga arwah bwk merata2 pergi berubat konon tersampuk la, tertegur la, salah kencing la & lagi best ada yg kata arwah jadi mcm tu sbb pembawakan budak!! WHAT DER??? Agak2 la kan..kalo ye pun xkan smpi badan laki aku penuh air 1 badan kot...

2004..

Sampai satu tahap arwah dah xbuleh kencing, baru dia call aku kat opis katanya suh aku terus ke hospital sbb dia dah ontheway nak ke sana nak menyerah diri!..wahhh alhamdulillah doakan aku dimakbulkan Allah..syukran2. Arwah dimasukkan ke wad 7B dan 2 hari kemudian dipindahkan ke wad 4C dan dudukla kat situ selama 42 hari ngan aku2 skali berkampung kat situ hehehe..kiranya hospital tu dah rumah aku la selama 42 hari tu pagi2 siap p kerja satgi petang blk ke wad makan tdo semua kat situ, nurse pun dah xheran kat aku..oh staff 4C mmg baik2 belaka aku igt smpi skrg jasa depa semua..dari berat arwah 100kg ms mula masuk wad smpila tinggal 60kg masa discharge!! Aku igt lagi cuti raya cina 4 hari aku kena abiskan kat wad ohhhhhhhhhhhhh x bahagianya! Dengan aku tgh mengandung lagi masa tu tapi kira itu pengorbanan aku kat arwah la, syukur sbb arwah dengar nasihat aku utk berubat secara moden!..tapi kluarga dia msh sama walau duduk dlm wad tetap jugak bawak segala manika air jampi la, air mandi la ohhhhh aku terima saja nanti melawan kang kata derhaka..arwah pun terpaksa rela dalam paksa demi keluarga dia..2 hari sblm discharge arwah ada buat biopsi buah pinggang, bila tnya dia skt x? Dia senyum je...oh tuhan kau panjangkanlah umur suamiku!!

Lps discharge bermula la episod appointment dengan doktor pakar!!! Amek darah, 24HOURS urine, mkn ubat berjenis2 yg xtahan skali makan berpuluh2 biji ohhh kesiannyaaaa suamiku. Arwah juga dinasihatkan utk buat skali lagi biopsi sbb keputusan yg mula2 tu ‚xcantik‘ kata doktor...arwah ckp dia xnak! Lepas tu arwah stop terus rawatan di klinik pakar dia kata biar la apa nak jadi lps nih..aku skali lagi trauma!!!!!

Semasa aku bersalin aiman arwah skali lagi mengalami bengkak2 badan, sepanjang aku berpantang sepanjang tu la jugak dia xkeja sbb keadaan kesihatan dia xmengizinkan. Aku redha mungkin ujian utk kami berdua nih!! X sampai setahun aku mengandung irfan pulak...amboi dlm sakit2 pun buleh mengandung kan?? Hehehe dasar gatai laki bini hahaha! Kluarga arwah usahakan berubat kampung merata2 aku ikutkan saja & lps berubat kat satu tempat di Parit Buntar badan2 arwah dh xbengkak2 lagi dah smpi la akhir hayat dia hari tu...jadinya arwah rasa dia xsakit buah pinggang la so rawatan mmg xamek dah ubat pun xmakan dah sbb dia dah jadi manusia normal balik buleh kencing tanpa bantuan ubat..eh miracle kan???

Eh..sambung episod lain ek..EO asek lalu lintas dah jeling2 nih...





4 comments:

  1. Ok.. Kakcik tunggu episod seterusnya...

    ReplyDelete
  2. bila baca entri ni... dah boleh rasa yang nora dah boleh terima...

    next epsd... hehehe

    ReplyDelete
  3. kakcik,

    tq kak hehehe

    dwaty,

    alhamdullillah..nora semakin ceria skrg!!! tq ya

    ReplyDelete
  4. kak nora, please bg sy alamat atau no telefon tempat berubat kat parit buntar tu kak..nk bw suami berubat. tolong ye kak. trima kasih byk2. (lisa_isteri@yahoo.com)

    ReplyDelete