sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Wednesday, June 20, 2012

rindu

salam.

hari ni genap 21 hari arwah pergi mengadap yang Maha Esa.  hidup aku & anak2 masih kucar kacir.  aiman & irfan tahu pasal ayah depa pergi xkan kembali.  skali skala depa akan tanya apa ayah buat skarang, ayah terus masuk syurga ke, ayah datang tgk kita x, nanti raya ayah raya kat mana, kalau kita dtg kubur ayah nmpk x kita, ayah lambai kita x..mcm2 soalan budak berdua tu.  aku?? hanya jawab dengan linangan air mata.  aku masih rasa arwah ada di sisi aku.  sepanjang 3 bulan sblm arwah pergi, setiap hari dia hantar & amek aku blk kerja, aku naik punch in pastu turun blk breakfast sama2 dgn arwah..balik kang dia jemput pulak tanpa terlepas satu hari pun! mcmana aku nak lupa semua tu?? anak2 pun sama, setiap hari ayahnya amek blk skolah, bagi makan duduk sama2, mkn sama2, tido sama2, tgk kartun sama2 kat rumah, ABANG, kami rindu sangat2!!!...sungguh hebat dugaan ALLAH pada aku dan anak2

dlm tempoh 21 hari ni, setiap hari bebudak ni buat perangai nak itu nak ini, mcm memberontak pun ada..semoga ALLAH melembutkan hari aiman & irfan dan tabahkan hati mereka menjalani hidup sebagai anak yatim, hanya harta ini yg ditinggal arwah...

terima kasih atas doa & ingatan rakan2, saudara mara yg xputus2 sampai ke hari ni..aku kena terima qada & qadar ALLAH setiap yang hidup pasti akan mati & aku akan ke situ juga, semoga ALLAH menemukan kami sekeluarga di syurganya nanti, insyallah


AL-FATIHAH

2 comments:

  1. sabarlah nora. setiap dari kita akan melalui semua ni, lambat dah cepat sahaja. boleh akak tahu apa sakit arwah suami nora ?

    ReplyDelete
  2. Sedihnya rasa... takpe.. sekurang-kurangnya ada anak2 utk kita menumpang kasih...
    Al-fatihah lagi skali utk arwah..

    ReplyDelete