lamanya xde entry kan?? skrg ni dlm proses pemulihan semangat & jiwa, belajar terima Qada' & Qadar Allah, hidup aku dimulakan dari zero skrg nih! dan alhamdullilah Allah kurniakan aku kekuatan utk teruskan hidup. cuma kadang2 teringat sembang2 dgn arwah aku xbuleh tahan airmata nih, pedih kat sini *sambiltunjukdada*
arwah = "ma, nanti awak dah pencen buleh la kita pergi jalan2 kan ma? masa tu duit pencen awak banyak" aku = "kan?? bestnya tapi larat ke kita nak jalan2 bang masa tu kita dah tua, sakit lutut la sakit pinggang la, jalan2 pun bau minyak angin ja" pastu sama2 gelak sampai pecah rumah :D
*aku nak jalan2 ngan sapa bila aku pencen nanti??
arwah = "yang, nanti keta wira tu kita bagi kat aiman. kembara kita bagi kat irfan"
aku = "abis tu kita?"
arwah = "kita naik motor la ma, baru best dua org je"
*aku nak naik motor ngan sapa nih??
arwah = "ma, kalau saya mati dulu awak kawen lain tak"
aku = "xmo lah! saya sayang awak, saya nak hidup sama2 dgn awak je"
arwah = "kalau awak mati dulu, saya nak kawen tau"
aku = "amboi, gatainya!"
arwah ="yang, kalau saya mati awak kawen la lain tau"
*senang2 je suh org kawen dia nih tau!!!
eh...xmo sedih2 lah!
eh, korang aku dpt anak sedara baru tau! mak aku kata Allah ambil menantu dia Allah gantikan dia dengan 3 cucu baru oh touchingnya!
2. adik aku yg no. 4..finally nak dpt anak lelaki akhirnya berjaya, x sia2 minum kopi panggung wakaka..cayalah atan! you make it bro! hahaha..DARWISY UMAR BIN MOHD FAUZI, ni anak dia yang no. 3
3. coming soon insyaallah bln 12 nih adik aku yg 5 pulak..xsia2 dpt tukar ke perak dari sandakan hehehe..tahniah bro!
4. adik arwah pun akan bersalin jugak mungkin dah bersalin kot?? sbb masa arwah meninggal aritu dia tgh pregnant...semoga dia selamat melahirkan..aku..aku doakan dari jauh
rezeki Allah didatangkan dlm pelbagai cara kan? setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya
bye korang..sayangkorangketatketat muahhhhhhhhhhhhhhhhs
** korang.......aiman cakap kan, dia kata kan...
"mama, kalau mama nak kawen lain kita bagi mama kawen tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mama hanya boleh kawen dengan USTAZ DON *kompem xlepas*, CAPTAIN AMERIKA *ayarkkkkkkkkk* sorang lagi IRONMAN *lagi mampussssss* :D
Ya Allah hai..sedih kita baca.
ReplyDeleteTakpe Nora, kita yakin awak kuat sbb Allah akan menguji hambaNya mengikut kemampuan kita. makna.. awak mmg kuat utk hadapinya.
Tabah ya Nora
*hugs*
pelukawakketatketat puanstoberi :)
DeleteAtas sayu je tapi bawah lawak.
ReplyDeletedah lama tak baca blog akak...huhu sedih la...tapi akak kalau jadi kawin ngan ustaz Don jangan lupa jemput tau..nak tumpang glemer...hehe
ReplyDelete