sini takde cerita lain, cerita pasal nora, pasal nora, pasal nora, pasal nora..hahahaha kita enjoy!!!!


Monday, July 27, 2015

al-fatihah utk arwah mak

assalamualaikum

lamanya x bersiaran di sini *bajet pembaca berita pulak*...selamat hari raya kome, maaf la atas segala keterlanjuran kata2 kat sini yang menyinggung hati kome.  bnyk yang nak share smpi kena buat list hahahaha

al-fatihah utk arwah mak..4 Jun 2015 @ 5.40 pagi mak pergi selama-lamanya setelah 2 bulan di hospital.  sian mak, menghabiskan sisa-sisa hayat di hospital je tapi aku x ralat sbb selama 2 bulan tu aku dah puas jaga mak gilir2 dgn adik2 yg lain.  semoga arwah mak tenang dan ditempatkan di sisi org yang beriman & beramal soleh...amin


Monday, February 9, 2015

pak mat dayuuuuuus!!!!

assalamualaikum

seminggu xde entry skali tajuk kau PAK MAT DAYUS hahahahaha lucah sgt 

ini si irfan la ni..dok tgk MLM kan ke si shasha dok marah pak mat je mesti sebut pak mat dayus, pak mat dayus 20 juta kali pastu dok la jeja di mulut dia je pak mat dayus tu.  masuk bilik air sambil mandi jerit kuat2 pak mat dayus, apakehel??? mmg mkn ngauman singa la, abis satu taman dengor pak mat dayus dia tu.  nak marah pun xbleh jugak sbb dia tu bknnya paham tu dayus tu apa, ini la pengaruh tv dah la anak aku tu suka sgt tgk tv dari mengaji haihhhh pening arrrr *mode sepahtu x abis lagi*

aku xpuas ati sepahtu no. 2 je, sbb sepahtu konsisten je setiap mgu bkn MLM 2014 je dari dulu2 lagi mmg sentiasa konsisten pastu lawak je kalau x lawak pun aku gelak jugak *minat punya hal* tapi ye la dah xde rezeki, tahun dpn sunyi la xde sepahtu.  aku igt tahun dpn nak sokong man belon pulak.  shiro pun mcm xbrp nak umphhh final aritu, nape shasha x sikat rambut tepi tu lebih sket kalau tak mesti A punya

ok, tu je nak cerite, bai

Friday, January 30, 2015

KRU

assalamualaikum..

dtg keje td dengor hotfm eh mmg ari2 pun hotfm je..pagi ni ada KRU lah!!! teros nyanyi kuat2 dlm kereta smbl nari2 angguk kepala.  biarla org kiri kanan nak kata aku gila nyanyi penuh perasaan mcm kan juri ada kat depan kahkahkahkah

KRU ni mmg legendkan? pada aku deme ni mcm p.ramlee tu la, sepanjang zaman kot igt walau pun bebudak KRU tu sorang pun x igt aku kahkahkah.  semua lagu depa aku hafal kot dengar intro je dah tau ok ni lagu ni, ni lagu tu tapi kalau bukak bertanding quran hmmmmm eh korang pun sama kan kan kan??? terpaling suuuuuuka mesti la yusry, siap berangan nanti nak kawen ngan yusry tapi dia terkawen ngan erra pulak pastu ngan lisa, mgkn jodoh itu bukan milik kita :D terpaling suka lagu JANGAN LAFAZKAN.  ni dok ulang dengar ulang ulang ulang ulang..boss xde kan boleh la karaoke skali ehemmm jap ejas suara cobaan cobaan 1 2 3.

lunch arini kuar jumpa kawan2 lama. skrg deme keja kat balai polis, lama kot xjumpa skali skala jumpa haa kau riuh mcd tu hahaha..sebenornya hari ni adalah hari pertama beli kat mcd selepas boikot aritu.  lama kot kan? xpe dah mkn prosperity tadi boleh boikot blk lps nih erkkkk alhamdulillah

senin ni cuti lega la 4 ari dok rumah, igtkan adalah org nak bwk p langkawi tapi xpe la mungkin lain kali kot.  selamat berpeleseran di langkawi lang, semoga dikau bahagia hahahahahahahahahahahahahaha.  office aku ni kalau x cuti kompem la jammed sbb jalan tutup.  jalan dpn office ni mmg jalan utama jadi kalau time merdeka ke, thaipusam ke jalan kompem tutup sbb deme nak berarak dpn ni.

ok bai

Wednesday, January 28, 2015

day 4 - yeayy dah boleh balik (sambungan dari tahun lepas :D)

Assalamualaikum

ni sambung cerita aku operate buang thyroid aritu

lps doktor cek pagi, tnya doktor boleh blk tak? doktor ckp tgu pakar dtg, kalau tgk result mmg dah boleh balik kita org pun dh mls nak layan puan.  hati bersorak riang, rasa nak lari pusing padang sekolah anderson sebelah tu..hmmm rindunya rumah, rindunya katil, rindunya batal pelok, rindunya nak tgk tv.

dalam dok tgu pakar, baca la novel.  stok novel msk ward ni smpi 3 buah bwk tapi satu pun xbaca..dok melayan sakit.  pastu datang patient yg dok katil ujung sanun..dok sembang2 terus dia kata dia penulis novel, kakak terus terkujat dan2 rasa nak kentut..hemm sentut sgt :D nama dia HAYATI AHMAD, terus add dia kat fb hehe dia pun operation jugak part mana xyah bgtau la yg penting I jumpa penulis novel yg famous amos! ms pakar dtg hati dah berbunga riang, senyum je tgk pakar yang hensemmmmmmmmm rasa nak gigit dia.  pakar kata dah boleh balik yeayyyyyyyyy lompat smpi siling.  pakar tnya puan kerja ke, saya bagi mc 2 bulan, cukup tak puan? nanti kita jumpa lagi 2 bulan ye kat sopd..ehh 2 bulan?? aku igt 2 minggu je, hati dah bergendang, otak igt office je sian boss kena tinggal 2 bulan..2 bulan tu mmmm terus tersipu2 malu bila doktor angkat kening, ngade tau doktor ni suka bagi pipi I blashing *masuk dalam selimut*

tengahari jgk la baru discaj, skali rupanya lagi ramai yg dtg melawat, tq adik2 ipar duai yg dtg menyambut kepulangan I rasa wangiiiiiiiiii sgt hahahaha..blk tu depa siap ajak singgah makan..hmmm nak tgk saja ke? selambe badak aku order laksa, mak jegil2 mata..aku mkn tanpa perasaan smpi hirup teh o ais kih3, dasar x sedar diri kan..seminggu lps tu tempat operate tu bengkak padan muka sendiri hahaha gelabah aku p hospital blk cari pakar.  nsb baik xde apa2, pakar kata tu bengkak biasa, lps mkn ubat 3 ari lps tu dah surut bengkak phewwwww terus masak spageti bolognese nak meraikan wakakakaka...

tu je la cita pasal operation ni..tutup buku mls nak ulang2 igt dah.  dah setahun lebih dah pun.  baru ni p check up doktor dah bgtau next check up kat klinik kesihatan  je, xyah nak bersesak kat sopd lagi, lega sgt xyah nak m.c. lagi lps nih, kalau x setiap kali check up mesti kena m.c. sbb amek masa terlalu lama kat sopd nih pkl 1 atau pkl 2 baru selesai semua mn blh msk office dah lebih dari 4 jam kan.

yeaaaaay!!! BOSS TAKDE

assalamualaikum

tajuk dah menggambarkan kegembiraan tiada tahap di situ kahkahkahkah

ok itu je nak bagitau, boss kita takde seminggu, rabu depan baru check in office.  happy kemain padahal keja mcm tu jugak, boss ada ke takde ke sama ja.

ok bai

Monday, January 26, 2015

cerita adik-adik

Assalamualaikum

boss dah masuk hari ni, jadinya ada sikit busy..sikit je la masih boleh baca blog org kikikiki...ni boss masuk meeting sat, dan la taip2 kat sini.  

weekend baru ni sgt best walaupun letih..adik yang kat kulim tu ada blk jadi busy masak busy makan masak makan masak makan masak makan tapi lebih kepada makan rasanya hahahahaha..syok la dpt jumpa anak buah 2 org tu, kakak airis dah bijak bercakap yang adik aisy dah bijak menyakat kakak hehehe..pagi tadi depa dah berangkat blk ke kulim sedih laaa..xpa nanti depa blk lagi naaaaa, ikah sentiasa ingat k *self confidence mesti tinggi* buat gaya hidung kembang baru selfie k kahkahkah.  gigi tu jgn lupa p cabut ni dok postponed smpi 3 bulan buat apa, ubat cap helang yang bli smpi 5 rgt tu jgn lupa makan kahkahkahkahkahkahkah

adik yang kat kl pulak pindah rumah sabtu lps, sian la sbb dia tgh preggy pindah rumah pulak nsb la ada adik yang sorg lagi tu tolong dia..sblm ni dia tinggal kat atas bukit sayup kat bukit permai tu eiiii seriau nak pi situ dah la naik bukit pastu tinggi pulak pastu nak parking payah pastu nak parking payah pastu nak parking payah pastu nak parking payah *brp kali ulang parking tu hahahahaha* pastu nak p kedai pun payah pastu masuk rumah dah xnmpk apa bukak pintu dpn nmpk dinding bukak pintu blkg nmpk bucu klcc je lain2 xnmpk hahahahahaha..skrg ni dah pindah tempat yang selesa sket ok la.  lang, yang penting parking tu ok..baru aku boleh pegi umah hang slalu kalau parking itu mudah kahkahkah.

PM dah umum plkn nak tangguh sementara..sedihla sbb xdpt msk plkn ehhh hahaha sedih sbbnya 2 org adik aku keja kat plkn dkt2 sini kena la depa cari keja lain, sianla wey..rumah nak bayaq, keta nak bayaq, makan lagi, anak lagi haihhhh pening jugak pk kan..ijat & ben bertabahlah!!! akak dengaq cita benggali roti bnyk kosong kahkahkahkah..chill lah rezeki ada di mana2 kan

okla itu je nak cita..bai

Friday, January 23, 2015

tercekik tulang

Assalamualaikum

semalam cuti bawak abah p jumpa pakar ENT hospital ipoh, punyala ramai umat kat situ ehhhh sesak barat! ni kalau kronik rasa mmg xde chance nak pulih eiiii rimas..pihak hospital patut buat inovasi la mcmana nak atasi masalah crowded smpi tahap boleh meraba tu, sesak sgt kot dah la klinik tu kecik comel je

kisah tercekik tulang ikan dari hari ahad ritu lagi, mak buat gulai ikan duri sedapla kalau mkn tang kepala tu kan, aku syak abah telan ngan kepala2 tu kot hahaha ok x lawak..dah buat mcm2 petua la so abah rileks je sbb igt esok2 tulang tu boleh la berenang ke dlm perut tapi rupanya syok sgt melekap kat kerongkong abah tu. so, hari rabu still x kluar abah nak telan air liur pun payah.  abah p la klinik kesihatan pastu direfer ke hospital batu gajah pastu direfer ke ENT Hospital Ipoh..brp bnyk refer kat situ??? dasar service kerajaan kan? kalau nak mati dah lama mati..ok bai

jadinya smlm aku cuti la bawak abah pegi jumpa pakar, aku nak mak dok expect mesti operate ni sbb dah 2 doktor xboleh kluarkan tulang tu.  sblm pkl 8 dah amek nombor pkl 11 baaaaaaaaru pakar smpi.  hai pakar *lambai2* busy eh??? aku dah bgtau abah awal2, masuk kemra kot hidung tu rasa mcm mkn mekdi je, abah buat rileks je tau.  hidung masuk kemra, mulut nganga pakar tu guna penyepit cari smpi dpt tulang tu.  tahniah pada doktor2 ENT tu walaupun laaaaaaaaambat smpi tapi berjaya kluarkan tulang tu.  smlm pakat2 la kumpul anak branak tgk tulang yang dh kluar tu hehehe

dah setel urusan semua dekat pkl 12 jugak terus bwk mak ngan abah p mkn dulu sbb abah kan kena puasa, jadinya aku ngan mak pun sama puasa jugak sbb nak bg moral support kat abah karang aku p mkn mcm x best pulak abah xleh mkn kan..aku igt abah serik dah xnak mkn ikan sbb dari dlm kereta dia dok ulang2 ckp "jgn mkn dah ikan nih..eiiii xsanggup nak nganga kat doktor lagi" tengok2 dlm pinggan dia terbentang ikan keli goreng rangup! hmmmm tadi mcm serik ja hahahahahaha comel la

itu je la nak cita.  jadi kome mkn lps ni hati2 termasuk la aku jugak kena hati2..bahaya betol tulang ikan ni.  blk skolah smlm irfan bgtau yang cikgu lantik dia jadi ketua kelas 'sementara', aku tnya kenapa x ketua kelas 'selamanya' dia ckp nanti cikgu nak pilih org lain. apada cikgu nih, kalau lps nih cikgu pilih org lain, frust menonggeng la irfan kan? dah tentu2 dlm fikiran dia dok harap dia akan jadi ketua kelas 'selamanya'..xpe irfan, irfan kan ketua kelas kita kat rumah kan *semua kena ikut ckp dia kalau marah sikit mesti menangis plus muntah2*, kira ok la tu kalau xdpt jadi ketua kelas kat skolah tu.  mama loves irfan selamanya. muah ciked!